Tuesday, 18 August 2015

Rendang Ayam Kunyit



Resepi :Enak Rasa Dari Dapur Kim
Bahan-bahan:
Ayam
Santan
Garam
Kerisik
Daun Kunyit

Bahan-bahan diblend halus:
Air
Cili kering
Bawang merah
Bawang putih
Kunyit hidup
Halia
Lengkuas
Serai

Caranya:
Masukkan bahan-bahan blend ke dalam kuali bersama daun kunyit, gunakan api yang kecil dan masak sehingga air kering, masukkan sedikit santan pekat kacau rata, biarkan seketika.
Masukkan ayam dan kesemua santan bersama masak sehingga ayam empuk dengan menggunakan api yang kecil.  Hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak hangit.
Setelah ayam empuk dan kuah agak kering sedikit masukkan garam dan kerisik secukupnya.
Kacau sehingga kering, angkat dan bolehlah dihidangkan bersama ketupat, nasi impit atau... Ikut citarasa sendiri.


Sunday, 2 August 2015

Ayam Kicap




Resipi: Enak Rasa Dari Dapur Kim
Bahan-bahan:
Ayam dipotong kecil, bersih dan gaulkan dengan serbuk kunyit (bukan untuk digoreng)
Halia muda dihiris
Bawang merah besar dihiris
Tomato dipotong dadu
1 batang kulit kayu manis
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit air
2 biji limau kasturi, ambil jus
Garam secukup jika perlu

Bahan-bahan tumbuk:
Bawang putih
Halia muda

Bahan-bahan sos digaul sebati
Kicap manis
Kicap pekat
Sedikit sos tiram

Caranya:
Masukkan sedikit minyak dikuali, tumiskan kulit kayu manis dan bawang merah besar yang dihiris sehingga wangi dan lembut, masukkan bahan-bahan tumbuk dan kacau sebati, masukkan halia hiris dan tomato, kacau sehingga lembut.
Masukkan ayam dan kacau sebati, tutupkan sebentar.
Kacau dan masukkan sedikit air dan masak sehingga ayam empuk.
Setelah ayam masak, masukkan bahan-bahan sos dikacau sehingga sebati dan pekat.
Padamkan api dan perahkan sedikit jus limau kasturi.

Jeruk Kedondong Limau Nipis



Hanya gambar yang berbicara, tiada resipi..............

Light Fruit Cake






















Recipe sourced: Faeez fuzzymazing.blogspot.com - adapted from Joy of Baking
Ingredients:
250g mixed fruits (candied mixed peel, candied red or green cherries & dark raisins)
20g plain flour
50g ground almond - almond meal/flour
170g plain flour
1 tsp baking powder
120g unsalted butter, room temperature
80g granulated white sugar - i used 70g 
1/2 tsp salt (omit is using salted butter)
3 large eggs, room temperature
1/4 tsp pure almond extract - i omitted
1 tsp pure vanilla extract
Zest of one small lemon (outer skin) - i used orange
60ml milk - i used orange juice

Method:
Pre-heat oven to 180C with oven rack in the center of the oven.  Line and grease a 9 x 5 x 3" loaf pan.
In a bowl, combine the mixed fruits and 20g plain flour and mix well until all the fruits are coated with flour.  Set aside.
In a different bowl, whisk together the rest of flour, ground almond and baking powder.  Set aside.
In a bowl of your electric mixer, or with a hand mixer, beat the butter, salt and sugar until light and fluffy.
Add the eggs, one at a time, beating well after each addition.  Scrape down the sides of the bowl as needed.  Beat in the extracts and lemon zest.
Beat in half the flour mixture just until incorporated.  Then beat in the milk (orange juice) and then the remaining flour mixture.  Mix just until incorporated.  Do not over mix.
Scrape the batter into the prepared pan and, if desired, decorate the top of the cake with sliced or flaked almond. 
Bake for about 50-70 minutes or until a toothpick inserted into the center comes out clean.
(If you find the cake is browning too much, cover with a piece of aluminium foil).
Remove from oven and let cool on a wire rack for about 10 minutes before removing from pan.
The cake does benefit from being stored a day or two before serving, as this softens the outer crust and allows the flavour to mingle.


Monday, 27 July 2015

Cendol



Sumber resipi: dzanariah.blogspot.com / jurnal resipi bdaria
Bahan-bahan:
1 1/4 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung gandum
1 sudu makan tepung jagung
1/4 tsp kapur makan + sedikit air = air kapur pekat
10-12 helai daun pandan, jika daun pandan tidak banyak boleh guna pewarna hijau dan perasa pandan
3 cawan air
secubit garam

Caranya:
Kisar daun pandan bersama 2 cawan air dan kemudian tapis ambil jusnya sahaja.
Masukkan semua jenis tepung, garam dan air kapur kedalam bekas dan masukkan jus pandan sedikit demi sedikit sehingga sebati dan kemudian masukkan baki air.
Tapis bancuhan tepung supaya tidak berketul.
Masukkan kedalam kuali dan kacau sentiasa sehingga ia berkilat dan tidak melekat di permukaan kuali.
Sediakan satu bekas yang berisi air biasa atau lebih elok air sejuk.
Masukkan bancuhan kedalam bekas berlubang atau acuan muruku dan kemudian tekan kedalam bekas berisi air ini. 
Buat sehingga habis.
Biarkan ia menjadi betul-betul keras di dalam air tersebut.
Jika hendak simpan pastikan cendol dicampurkan dengan air. 

(Nota: Cendol yang lembut, hidangan lebih kurang untuk 4 orang, jadi kalau ramai gandakan jumlah sukatan)

Karipap Rangup



Sumber: Seleraputeri.blogspot.com via Saji Edisi Ramadan Julai 2015
Bahan-bahan kulit:
250gm tepung gandum
25gm tepung beras
25gm tepung ubi
1/2 sudu teh garam
1 1/2 sudu besar margerine
1/3 cawan minyak
1/2 cawan air (bukan air sejuk)
1/2 sudu teh gula (optional - untuk kuih kelihatan kuning keemasan)

Bahan-bahan inti:
Bahan tumbuk:
1 sudu kecil biji lada hitam
5 ulas bawang putih
3cm halia

Bahan-bahan inti:
500gm daging ayam cincang
2 biji ubi kentang dipotong dadu
5 sudu besar serbuk kari daging
4 sudu besar cili kisar
45ml air asam jawa
1 labu bawang besar, dipotong dadu
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
2 sudu besar serbuk ketumbar
Sedikit hirisan daun ketumbar

Caranya:
Untuk doh:
Campurkan kesemua bahan kering, panaskan margerine bersama minyak masak dan tuangkan ke dalam campuran tepung.  Gaul rata.
Tuangkan air sedikit-sedikit sehingga membentuk doh lembut dan bahagikan doh kepada bebola-bebola kecil, ketepikan.

Untuk Inti:
Tumiskan bahan tumbuk dengan kulit kayu manis dan bunga lawang.
Selepas itu masukkan cili kisar dan apabila sedikit garing masukkan serbuk kari, serbuk jintan manis, jintan putih dan ketumbar.
Tambahkan sedikit air supaya rempah tidak kering dan hangus.
Apabila tumisan rempah pecah minyak masukkan ayam cincang dan ubi kentang, kacau rata dan sebati.
Masukkan air asam jawa dan bawang besar, masak hingga kentang empuk, jika perlu boleh tambah lagi sedikit air supaya kentang empuk.
Apabila sudah masak, tabur hirisan daun ketumbar, ketepikan.
Ambil doh dan leperkan, kemudian isi dengan inti, tutup dan kelim kemas-kemas.  Buat sehingga habis.
Goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing dengan api sederhana. 
Angkat dan toskan.

Ayam Masak Lengkuas Bugis



Sumber: patykitchen.blogspot.com
Bahan-bahan:
1 ekor ayam potong 12 bahagian
400g lengkuas muda, parut
2 batang serai dititik
1 kg santan pekat
1 sudu makan lada putih, tumbuk
1 sudu teh serbuk kunyit
Ubi kentang, saya tambah
Garam secukupnya

Bahan-bahan tumbuk/kisar:
3 ulas bawang putih
10 biji bawang merah
2" halia diblend halus
11 biji cili padi
15 tangkai cili kering direndam dahulu

Caranya:
Masukkan santan dan serai titik ke dalam periuk dan masak hingga mendidih.
Kemudian masukkan bahan kisar dan bahan parut.
Masukkan sekali serbuk kunyit dan lada putih.
Biar naik minyak, masukkan ubi kentang dan ayam.  Gunakan api sederhana panas supaya masakan perencah meresap dan masak sekata.
Masak sehingga ayam dan ubi kentang empuk dan angkat.
Jika inginkan kering biar lama sedikit di atas api.