Tuesday, 26 June 2018

Shacha Sauce Chicken Wings





















Recipe sourced: Chef Patsie Cheong ~ via Fried Flavours Crispy & Juicy

Nasi Basmathi Minyak Kelapa




Bahan-bahan:
Beras basmathi, cuci dan rendamkan selama 30 minit, toskan
Minyak kelapa
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Sayuran campuran
Sedikit daun ketumbar dihiris halus
1 sudu besar minyak sapi

Bahan-bahan rempah tumis:
Halia dihiris
Kulit kayu manis
Biji halba sedikit, rendah 5 minit
Biji pelaga

Caranya:
Masukkan 2 sudu besar minyak kelapa dan tumiskan bahan-bahan rempah sehingga wangi.
Masukan sayuran campur dikacau rata.
Masukkan beras basmathi dan gaul rata, masukkan sedikit garam dan air secukupnya.
Tanakkan sehingga nasi kering air.
Setelah nasi kering air, masukkan 1 sudu besar minyak sapi di permukaan nasi, jangan dikacau dulu, cuma ratakan minyak sapi di permukaan nasi.
Bila nak menghidangkan masukkan hirisan daun ketumbar.



Jelatah Tomato ~ Nasi Simple Tapi Power





















Bahan-bahan:
Tomato
Daun ketumbar sedikit
Cili padi jika suka
Air perahan lemon + limau kasturi
Garam
Gula

Ayam Goreng Berempah Mamak Penang





















Sumber resipi: Mohammad Roslan, balannambiar.wordpress.com
Bahan-bahan:
1.6kg ~ 1.8kg Ayam dipotong 10
Minyak menggoreng secukupnya
Garam secukup rasa

Tepung salutan ayam:
4 sudu besar tepung ubi kayu
2 sudu besr tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil serbuk lada putih
3 tangkai daun kari dipotong halus

Rempah perap:
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu besar cili kering yang dikisar halus
3 sudu besar kisaran halus bawang besar 1 biji + Bawang putih 4 ulas + Halia 2"

Caranya:
Bersihkan ayam yang telah dipotong dan perlu disimpan dalam penapis bersesuaian untuk keringkan air basuhan ayam.
Masukkan kedalam bekas dan masukkan serbuk kunyit dan sedikit garam dan gaulkan ketulan ayam.
Masukkan serbuk kari, kisaran bawang + bawang putih + halia.
Tutup bekas ayam ini dengan plastik salut dan perapkan di peti sejuk bahagian dingin selama 1-2 jam untuk bahan rempah ini meresap kedalam isi ayam.
Keluarkan bekas dan masukkan tepung ubi kayu, tepung besar, tepung jagung dan serbuk lada putih dan daun kari yang dipotong halus.
Gaulkan ayam dengan rata, sekiranya tepung terlalu likat boleh ditambah telur sebutir atau sedikit air.
Kelikatan tepung adalah amat perlu diberi perhatian sekiranya cair, tepung ini akan berpisah dari ketulan ayam, terlalu pekat ia akan menjadi cucur goreng.
Maka dinasihatkan agar goreng seketul ayam dahulu untuk pastikan bentuk fizikal ketulan ayam.
Perapkan lagi selama 20-30 minit sebelum digoreng.
Untuk gorengan yang cantik ketulan ayam perlu dimasukkan jangan terlalu banyak dan sedikit.
Api dapur perlulah sentiasa diawasi supaya ketulan ayam tidak hangus.
Pada keadaan biasa cuma masukkan 4 ketul dalam kuali yang sederhana besar pada pai sederhana.
Gorengan ini biasanya mengambil masa selama 20-25minit.
Untuk pastikan ketulan ayam telah masak biasanya ketulan itu mula terapung.
Masukkan bahagian peha diakhir gorengan kerana bahagian peha mengambil masa yang lama untuk masak dan memerlukan api yang kecil.
Tanda peha ayam sudah masak ialah dengan perhatikan urat pada bahagian bawah mula pecah dan ketulan mula terapung.
Goreng ayam perlu tidak lama dan tidak masak sangat.  Kalau terlalu masak jus pada ayam akan kekeringan dan menghilangkan kemanisan pada isi ayam.

Serunding Halia & Ikan Bilis





















Sumber resipi: Dayang Faridah via citerviralterkini
Bahan-bahan:
Halia *
Ikan bilis * bertanda *sukat, keduanya sama banyak
Minyak untuk menggoreng
Sedikit garam halus **
Sedikit gula halus ** bertanda saya tambah

Tip untuk Halia:
Halia terbaik, pilih yang muda atau halia kampung yang warnanya lebih gelap dan kecil-kecil.

Caranya:
Buang kulit halia, potong kecil melawan urat halia.
Nak senang kupas dengan menggunakan sudu.
Ikan bilis cuci dengan air dan toskan.
Tumbuk halia hingga lumat, masukkan ikan bilis dan tumbuk lagi sampai lumat.
Panaskan minyak, mesti banyak minyak supaya serunding masak serata dan rangup
Dah panas, masukkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi.
Pastikan api sederhana dan sentiasa dikacau.
Goreng sampai kekuningan.
Dah garing angkat, toskan minyak.
Sejukkan, gaulkan dengan sedikit garam halus dan gula halus dan simpan dalam bekas kedap udara untuk tahan lama.
Boleh dimakan dengan nasi panas-panas.



Monday, 18 June 2018

Kacang Kuda Hitam Goreng





















Bahan-bahan:
Kacang kuda hitam direndam semalaman
Cili kering dipotong serong
Daun Kari
Minyak menggoreng
Garam
Gula


Cucur Lemak Manis






















Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 cawan air panas mendidih *bertanda disatukan
2 sudu besar serbuk santan *
3 sudu besar susu pekat manis, ikut suka kemanisan
1 biji telur
Sedikit serbuk kayu manis
Minyak menggoreng secukupnya

Caranya:
Masukkan air bersama serbuk santan, sentiasa dikacau dan angkat bila sudah mendidih.
Masukkan susu pekat manis dan serbuk kacau manis.
Masukkan telur dan tepung gandum, kacau rata dengan cepat.
Rehatkan adunan sebentar.
Panaskan minyak.
Jemputkan adunan sedikit, masukkan ke dalam minyak panas.
Goreng sehingga kekuningan, angkat dan toskan minyak.