Tuesday 26 June 2018

Ayam Goreng Berempah Mamak Penang





















Sumber resipi: Mohammad Roslan, balannambiar.wordpress.com
Bahan-bahan:
1.6kg ~ 1.8kg Ayam dipotong 10
Minyak menggoreng secukupnya
Garam secukup rasa

Tepung salutan ayam:
4 sudu besar tepung ubi kayu
2 sudu besr tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil serbuk lada putih
3 tangkai daun kari dipotong halus

Rempah perap:
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu besar cili kering yang dikisar halus
3 sudu besar kisaran halus bawang besar 1 biji + Bawang putih 4 ulas + Halia 2"

Caranya:
Bersihkan ayam yang telah dipotong dan perlu disimpan dalam penapis bersesuaian untuk keringkan air basuhan ayam.
Masukkan kedalam bekas dan masukkan serbuk kunyit dan sedikit garam dan gaulkan ketulan ayam.
Masukkan serbuk kari, kisaran bawang + bawang putih + halia.
Tutup bekas ayam ini dengan plastik salut dan perapkan di peti sejuk bahagian dingin selama 1-2 jam untuk bahan rempah ini meresap kedalam isi ayam.
Keluarkan bekas dan masukkan tepung ubi kayu, tepung besar, tepung jagung dan serbuk lada putih dan daun kari yang dipotong halus.
Gaulkan ayam dengan rata, sekiranya tepung terlalu likat boleh ditambah telur sebutir atau sedikit air.
Kelikatan tepung adalah amat perlu diberi perhatian sekiranya cair, tepung ini akan berpisah dari ketulan ayam, terlalu pekat ia akan menjadi cucur goreng.
Maka dinasihatkan agar goreng seketul ayam dahulu untuk pastikan bentuk fizikal ketulan ayam.
Perapkan lagi selama 20-30 minit sebelum digoreng.
Untuk gorengan yang cantik ketulan ayam perlu dimasukkan jangan terlalu banyak dan sedikit.
Api dapur perlulah sentiasa diawasi supaya ketulan ayam tidak hangus.
Pada keadaan biasa cuma masukkan 4 ketul dalam kuali yang sederhana besar pada pai sederhana.
Gorengan ini biasanya mengambil masa selama 20-25minit.
Untuk pastikan ketulan ayam telah masak biasanya ketulan itu mula terapung.
Masukkan bahagian peha diakhir gorengan kerana bahagian peha mengambil masa yang lama untuk masak dan memerlukan api yang kecil.
Tanda peha ayam sudah masak ialah dengan perhatikan urat pada bahagian bawah mula pecah dan ketulan mula terapung.
Goreng ayam perlu tidak lama dan tidak masak sangat.  Kalau terlalu masak jus pada ayam akan kekeringan dan menghilangkan kemanisan pada isi ayam.

No comments:

Post a Comment