Sunday 17 June 2018

Kepak Ayam Pandan Bersumbat





















Bahan-bahan
Kepak ayam secukupnya, buang tulang di bahagian kepak.
Daun pandan
Lidi kecil
Minyak menggoreng
Kicap cair
Kicap pekat
Gula perang sedikit

Bahan-bahan sumbat, dicincang halus:
Isi ayam
Cili padi
Kunyit hidup
Halia
Bawang putih
Serbuk Ketumbar
Minyak sedikit
Kicap cair
Kicap Ikan

Caranya:
Ambil kepak ayam dan sumbatkan bahan-bahan sumbat.
Ambil sehelai daun pandan dan balutkan, kepilkan dengan lidi.
Buat hingga habis dan susun dalam pinggan.
Sediakan pengukus, kukus kepak ayam selama 25 minit atau sehingga masak.
Angkat dan sejukkan.  Air dari kukusan ayam boleh disimpan untuk membuat nasi ayam/sup.
Setelah sejuk, masukkan kicap cair, kicap pekat dan gula perang, gaul sehingga sebati.
Perapkan selama 3 jam, 1 jam pun boleh jugak kalau nak cepat.
Sediakan minyak panas, goreng sebentar sehingga berwarna kecoklatan.
Goreng jangan terlalu lama, kerana kepak ayam tadi sudah masak.
Boleh di makan dengan sos cicah.



No comments:

Post a Comment