Bahan-bahan:
Goreng ubi kentang/rebus ubi kentang sehingga empuk, ketepikan
Ikan bilis digoreng, ketepikan
Daun kari
Hirisan cili padi
Hirisan bawang besar
Tomato dibelah
Minyak menumis
Garam jika perlu
Air sedikit
Kicap cair
Kicap manis
Bahan-bahan ditumbuk halus:
1/2" kulit kayu manis
3 biji bunga cengkih
1/2 sudu besar jintan hijau kasar
1 sudu besar lada hitam
Caranya:
Masukkan sedikit minyak dikuali, tumiskan hirisan bawang merah, daun kari dan cili padi sehingga wangi. Angkat dan ketepikan.
Dengan menggunakan minyak yang sama, tambah jika kurang minyak, masukkan bahan-bahan yang ditumbuk, tumis sehingga wangi.
Masukkan kicap cair dan kicap manis kacau sebentar.
Masukkan air sedikit dan kacau sehingga mendidih.
Masukkan ubi kentang dan bawang merah, daun kari dan cili padi yang ditumis tadi.
Kacau sehingga sebati, rasa dulu baru dipadamkan air.
Setelah sejuk sebentar, masukkan ikan bilis yang telah digoreng, kacau sebati.
Hidangkan dengan nasi putih.
No comments:
Post a Comment