Saturday, 6 May 2023

Ayam Gepuk







Resepi by:@khairulaming
Recooked by:@kim_kimberly1509 
1 ekor ayam potong besar
Kicap manis
Tempe 
Tauhu
Timun
Hirisan kobis dihiris kasar dan goreng tanpa garam dan perisa, minyak harus lah banyak untuk menggoreng kobis

Bahan perap ayam, diblend halus dan perap selama 30 minit:
1 buku jari lengkuas
1 buku jari halia
1 sudu besar biji ketumbar
1 sudu besar serbuk kunyit
1 1/2 sudu teh garam
Perisa secukup rasa

Bahan sambal cili, tumbuk kasar:
1 genggam cili padi merah
5 ulas bawang putih
Garam
Perisa

Bahan kacang gajus, tumbuk halus:
1 genggam kacang gajus
Sedikit garam dan perisa

Minyak panas secukupnya untuk di tuang pada sambal cili dan gajus

Ayam setelah diperap rebus sehingga masak.  Angkat, toskan airnya. 
Boleh juga diperap tempe bersama tauhu. 
Sediakan minyak yang banyak untuk menggoreng ayam. Masukkan ayam pada minyak yang panas, goreng garing jangan terlalu lama kerana ayam sudah masak. Goreng tempe dan tauhu sehingga garing.  
Hidangkan bersama nasi putih dan kicap manis. 

Air rebusan ayam jangan dibuang boleh direndam bersama beras atau dijadikan sup. Kalau sup pastikan di tapis buang hampasnya. Tambahkan rempah sup dan sedikit air. Taburkan sedikit hirisan daun ketumbar. 


Thursday, 4 May 2023

Ayam Goreng Mamak




Resepi by:@khairulaming
Recooked by@kim_kimberly1509 
6 ketul ayam saiz bezar
5 ulas bawang putih 
1 1/2" halia
1 sdt serbuk ketumbar 
1 sdt biji jintan manis 
1 sdt biji jintan putih 
2 sdt serbuk kari daging 
1 sdt serbuk cili 
1/2 sdt serbuk kunyit 
1 sdt garam
1 1/3 cawan tepung beras
1 biji telur
1 cawan air
1 sdt pewarna merah
Daun kari

Caranya:
Cuci bersih ayam dan toskan airnya. 
Masukkan ayam kedalam bekas yang besar. 
Masukkan bawang putih, halia dan kesemua bahan-bahan rempah, garam, gaul sebati. Tambahkan tepung beras, air, kacau rata. Masukkan telur dan gaul lagi. 
Pakai sarung tangan dan masukkan pewarna merah, gaul sehingga semua sebati. Perapkan dalam 20 minit atau lama pun tak apa. 
Panaskan minyak, api sederhana, goreng sehingga ayam masak. 
Bila ayam hampir masak masukkan daun kari. Supaya daun kari tidak hangus. 
Hidangkan dengan nasi kegemaran anda. 
#kim_kimberly1509 
#masakanayam 






Thursday, 26 January 2023

Lentil Fritters





Resepi by:@kidilanbites, thanks sis
Recooked by:@kim_kimberly1509 
Bahan-bahan:
1 cawan Chana dal/Tur dal
Sedikit halia
2 biji cili hijau
2 biji cili kering
Daun kari
10 ulas bawang merah kecil atau 1 biji bawang besar
Garam secukup rasa
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar tepung beras
2 cubit Hing (asafoetida) 
Minyak menggoreng secukupnya

Caranya:
Rendam kacang dal selama 1/2 jam, saya rendam 4 jam. Selepas direndam tapiskan airnya dan ketepikan. 
Masukkan dal, cili hijau, cili kering, bawang dan halia kedalam blender. Blend kan tanpa air seketika. 
Masukkan bahan kisaran di mangkuk, tambahkan garam, jintan manis dan daun kari, gaul sebati. 
Panaskan minyak. Ambil sedikit adunan, bentukkan bulat dan leper kan sedikit. Adunan boleh di bentuk nipis atau tebal. Masukkan kedalam minyak panas. Goreng sehingga keperangan. 
Angkat, toskan minyak dan hidang panas-panas. 



Sunday, 18 September 2022

Telur dan Ayam Dadar






Resepi by:@kim_kimberly1509

Bahan-bahan:
1/2 keping isi ayam cincang halus
1 biji telur dipukul kembang
1 biji bawang besar size kecil dihiris
2 ulas bawang putih dicincang halus
1 tangkai daun bawang dihiris, asing kan bahagian putih dan hijau
1 sdt cili boh, ikut suka kepedasan nak lebih pedas bubuh lebih
2 sdb minyak
Garam secukup rasa

Caranya:
Panaskan minyak. 
Masukkan hirisan daun bawang bahagian putih, bawang besar dan bawang putih, tumis sehingga layu. 
Masukkan cili boh, tumis lagi hingga cili masak dan bau cili mentah hilang. 
Masukkan isi ayam, tumis sehingga ayam masak tetapi masih lembab (jangan kering). 
Perisakan dengan garam dan perasa secukupnya. 
Masukkan daun bawang bahagian hijau, kacau rata. 
Masukkan telur yang sudah dipukul sehingga kembang. 
Dadarkan telur sehingga masak. 
Angkat dan hidangkan. 



Thursday, 25 August 2022

Ayam Masala Daun Kunyit








Resepi by:@kim_kimberly1509
Bahan-bahan:
2 ketul peha ayam,  cuci bersih gaul dengan serbuk kunyit dan secubit garam
Air secukupnya
Yogurt/santan/kerisik
Garam secukup rasa
1/2" kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 sdt serbuk ketumbar
1/4 sdt serbuk jintan putih
1/4 sdt serbuk jintan manis
1/4 sdt serbuk garam masala
Sedikit serbuk kunyit
Minyak menumis secukup

Bahan-bahan kisar:
3 biji cili padi hijau buang biji,  boleh guna cili masak hijau
1 batang serai
1 helai daun kunyit
1/2 biji bawang besar

Caranya:
Panaskan minyak. 
Masukkan kayu manis bunga lawang dan serai diketuk,  tumis hingga naik bau. 
Masukkan bahan-bahan kisar,  tumis sehingga harum dan pecah minyak. 
Masukkan serbuk kunyit,  serbuk ketumbar,  jintan manis,  jintan putih dan garam masala. Boleh dimasukkan sedikit serbuk cili,  saya tak boleh makan pedas sangat jadi saya tak masukkan. Tumis sehingga rempah masak dan sebati.
Masukkan air sedikit demi sedikit, kacau rata. 
Masukkan ayam,  kacau sebati. 
Tambahkan air secukupnya. 
Bila hampir kering,  bolehlah dimasukkan yogurt atau santan atau kerisik. 
Masak sehingga rempah meresap dan sebati. 
Angkat dan hidangkan dengan nasi putih. 




Friday, 19 August 2022

Nasi Goreng Daun Kari







Resepi by:@kim_kimberly1509

Bahan-bahan:
Nasi semalaman
2 tangkai daun kari
1/2 biji bawang besar cincang/potong dadu
1/4 sdt biji halba 
1/4 garam masala
Cili kisar ikut kepedasan
2 tangkai kacang panjang potong kecil
2 sdb minyak sapi
2 titis kicap manis
Garam secukup rasa

Caranya:
Cairkan minyak sapi dan panaskan. 
Masukkan bawang besar tumis hingga harum dan layu. 
Masukkan daun kari dan Kacang Panjang,  kacau selama 2 minit. 
Masukkan serbuk masala dan cili kisar,  kacau sebati. 
Masukkan biji halba dan kacau lagi,  jangan tumis terlalu lama,  tumis 1 minit dah cukup. 
Titiskan kicap manis sebagai pewarna,  kacau lagi sehingga sebati. 
Masukkan nasi dan garam secukup rasa. 
Kacau sehingga nasi goreng kering. 
Angkat dan hidangkan,  bau harum semerbak tak sedar sepinggan tak  cukup. 
Pastikan guna minyak sapi baru lebih kaw rasa nasi Goreng. 

 



Thursday, 18 August 2022

Kari Ikan Nyonya





Resepi by:@kim_kimberly1509
Tak pedas sesuai untuk saya yang sedang sakit.  Goreng sebiji telur mata dan makan dengan nasi putih,  phew... nikmatnya....  Tak payah tumis sayur lagi, kalau suka boleh dimasukkan terung. 
Bahan-bahan:
Kepala ikan bawal hitam
1 biji tomato potong 4
3 batang kacang panjang,  dipotong
Sedikit daun kari
1/2 biji bawang besar dicincang
Minyak menumis
Air asam jawa
Air biasa
Garam dan perisa
1/4 sdt biji halba campuran
1/4 sdt serbuk kunyit
2 ~ 3 sdb serbuk kari ikan

Bahan-bahan diblend:
1 biji cili merah,  belah buang biji
1 biji bawang besar saiz sedang
3 ulas bawang putih
1" halia

Caranya:
Panaskan minyak. 
Masukkan halba campuran dan goreng selama 1 minit,  jangan lama nanti pahit. 
Masukkan bawang besar cincang dan daun kari,  kacau sehingga layu. 
Masukkan bahan blend dan tambahkan minyak sedikit goreng sehingga garing. 
Masukkan serbuk kunyit dan serbuk kari ikan. Serbuk kari ikan bergantung pada air,  kalau kuah banyak lebihkan serbuk kari ikan. 
Masukkan sedikit air sedikit demi sedikit. 
Kacau sebati dan tambahkan air lagi secukupnya. 
Masukkan tomato dan kacang panjang,  kacau sehingga mendidih. 
Masukkan ikan,  garam dan perisa secukupnya. 
Terbalikkan ikan. 
Masukkan air asam jawa dan rasa dulu.  Kalau kurang masam perahkan lagi asam jawa yang pekat. 
Masak sehingga kuah mendidih. 
Angkat dan hidangkan dengan nasi putih.