Acuan 9x6" atau 2 biji acuan pecah 8
Bahan-bahan:
250g labu - tanpa kulit, direbus
1/2 cawan gula halus ( Kim - tidak perlu penuh )
1/2 cawan santan pekat ( Kim guna santan Kara )
3/4 cawan susu sejat / cair
1 sudu besar susu pekat manis
1/2 sudu kecil garam ( Kim guna secubit besar )
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar margerin / mentega
Caranya:
Satukan kesemua bahan-bahan dalam blender dan kisar sehingga halus.
Tuangkan adunan ke dalam mangkuk dan kacau sehingga rata.
Tuangkan adunan ke dalam acuan/loyang yang telah disapukan dengan mentega/margerin/minyak sayur.
Bakar pada suhu 160C selama 45 minit atau sehingga masak. Cucuk dengan lidi jikalau keluar bersih bolehlah diangkat.
Sejukkan bingka, barulah dipotong kecil dan "ngap".
(Nota Kak Fida - dengan resipi yang sama boleh digantikan dengan kentang, keledek kuning/merah/oren atau ungu dengan kuantiti yang sama)
(Sembang Kim - Bingka yang terasa lemaknya dan sungguh sedap tanpa telur, cubalah senang bahan-bahan gerenti ada di rumah kecuali labu kenalah ke pasar. Kak Fida ini seorang guru yang tidak lokek dengan resipinya, kebanyakkan resipi beliau sudah dicuba dan memang sedap dan mudah. Terima kasih Kak Fida semoga diberkati dengan ilmu yang dikongsi bersama)