Monday, 13 January 2014

Kung Pau Chicken

































Bahan-bahan
Isi Ayam dipotong kuib, Kim guna ayam yang bertulang* digaulkan bersama & goreng hingga masak
Tepung jagung *
Cili kering dibersih dan potong 1"
Daun bawang dipotong 1"
Kacang tanah / gajus dipanggan
Bawang merah besar dipotong serong
Daun bawang bahagian putih
Halia dihiris
Bawang putih dihiris
Minyak untuk menumis
Sedikit air
Garam jika perlu

Bahan sos:
Sos kicap pekat
Sos kicap cair
Sos tiram sedikit
Minyak bijan sedikit
Tepung jagung

Caranya:
Masukkan sedikit minyak dikuali, tumis bawang putih dan halia sehingga layu.
Masukkan cili kering, bawang merah besar dan daun bawang yang bahagian putih, kacau rata,
Masukkan ayam yang telah digoreng hingga masak tadi, kacau rata.
Masukkan bahan sos dan kacau dengan cepat dan sebati, masukkan daun bawang, kacau rata, matikan api.
Taburi kacang tanah, hidangkan bersama nasi putih.

No comments:

Post a Comment