Bahan-bahan:
1000ml air
500ml susu segar
1 tin cendawan butang di cincang
2 1/2 ulas kiub ayam ~ kalau guna daging ayam boleh dikurangkan
1/2 cawan tepung gandum dicampurkan dengan 1 cawan air
Sedikit garam
Sedikit perasa
Sedikit serbuk lada hitam untuk menghidang jika suka
Caranya:
Masukkan 1000ml air ke dalam periuk, panaskan sekejap.
Bila dah mula mendidih masukkan 500ml susu segar dan kiub ayam.
Dengan api perlahan biarkan susu mendidih sebentar dan kiub ayam larut.
Bila dah mendidih masukkan campuran tepung dan air yang telah dibancuh tadi.
Kacau rata tepung gar bersatu dengan susu.
Tambahkan cendawan yang telah dicincang.
Perlahankan api biar bahan mereneh dan memekat di atas api.
Bila bahan dan memekat, masukkan sedikit garam serta sedikit perisa.
Biarkan mereneh sebentar. Kacau selalu.
Sudah pekat dan rasa cukup bolehlah dihidangkan.
No comments:
Post a Comment