Sunday, 18 November 2018

Ayam Asparagus





















Bahan-bahan:
Isi ayam dihiris
Asparagus dipotong panjang
Cili capsicum merah dipotong panjang
Cili capsicum kuning dipotong panjang
Hirisan halia 2x
Bawang putih dicincang 2x
Minyak menumis

Air dicampur dengan tepung jagung sedikit

Bahan-bahan perapan ayam:
Kicap cair
Sos tiram
Sedikit minyak bijan
Sedikit serbuk lada hitam

Caranya:
Masukkan sedikit minyak dikuali untuk menumis cincangan bawang putih dan halia.
Tumis sehingga layu, masukkan asparagus dan cili merah/kuning, kacau sehingga masak, angkat dan ketepikan.
Masukkan sedikit minyak dikuali tumiskan cincangan bawang putih dan halia.
Masukkan isi ayam, kacau sebati dan masukkan sedikit air tepung jagung sentiasa dikacau sehingga ayam masak.
Setelah ayam masak, masukkan sayuran tadi, kacau sebati.
Angkat dan hidangkan panas.

No comments:

Post a Comment