Sunday, 18 November 2018
Ayam Capsicum
Bahan-bahan:
Isi ayam dihiris nipis/potong kecil
Cili capsicum merah, potong dadu
Cili capsium hijau, potong dadu
Hirisan halia muda
Bawang putih dicincang
Sedikit Minyak menumis
Bahan-bahan perapan ayam:
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram
sedikit lada sulah
2 cubit tepung jagung
setitis minyak minyak
Caranya:
Masukkan 1 sudu besar minyak ke dalam kuali.
Tumiskan separuh cincang bawang putih bersama separuh halia, sehingga layu.
Masukkan cili merah/hijau kacau sebati sehingga masak, angkat dan ketepikan.
Dengan menggunakan kuali yang sama, masukkan 1 sudu besar minyak.
Tumiskan lebihan cincangan bawang putih dan halia.
Masukkan isi ayam, kacau sebati, sentiasa dikacau sehingga ayam masak. Jika perlu masukkan sedikit ayam.
Setelah ayam masak, masukkan cili capsicum merah/hijau tadi, kacau sebati.
Angkat dan hidangkan panas bersama nasi putih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment