Sunday, 14 May 2017
Som Tam Mangga Mentimun
Friday, 12 May 2017
Sour & Spicy Chicken Tomato
Ingredients:
300-500g chicken drumsticks, i used boneless chicken is better to use with bones
4-5 pcs kaffir lime leaf ~ shred kaffir lime leaves
3 nos. tomato ~ cut into wedges
4 tbsp lime juice
Spicy paste finely blended
10 pcs shallots
1 pc turmerc (about 1")
2 stalks lemongrass
1 pc ginger (about 1")
8 pcs red chilies
8 pcs bird eyes chilies
Seasoning:
Salt
a pinch of sugar
Adequate water
Method:
Heat 2 tbsp of oil in a wok and saute spice paste until fragrant.
Add in chicken and stir fry until cooked.
Add in tomatoes and kaffir lime leaves, stir fry until well combined.
Add in seasonings and drizzle in the lime juice.
Turn off the heat and transfer to a plate.
Sup Ayam Jagung

Bahan-bahan:
Tulang Ayam + Isi sedikit
Ubi Kentang
Jagung
Bawang merah besar dibelah 8
Cili padi, diketuk
Serai, dititik
Halia, dihiris
Bawang putih, dicincang
Lengkuas, diketuk
Kayu manis
Bunga lawang
Bunga cengkih
Garam secukup
Kiub pati ayam
Air secukupnya
Minyak sedikit untuk menumis
Caranya:
Masukkan sedikit minyak dikuali, tumiskan kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, halia, bawang putih sehingga harum, masukkan serai, lengkuas dan cili padi, tumis lagi dan kacau sebati.
Masukkan bawang besar, kacau rata dan tumiskan sebentar.
Masukkan air sedikit dan kiub ayam, biar mendidih sebentar.
Masukkan tulang ayam, isi ayam, jagung dan ubi kentang, kacau rata.
Masukkan garam secukupnya dan masak sehingga ayam empuk.
Hidangkan semasa masih panas.
Sunday, 7 May 2017
Gulai Kawah & Nasi Kuning Jintan
Sumber resipi: Gulai Kawah - Rasa April 2017
Bahan-bahan:
1 kg daging dihiris kecil, cuci bersih dan toskan
500 gm ubi kentang
3 sudu makan kerisik
150gm pes cili kering
150ml air asam jawa
Garam
Gula
Minyak untuk menumis
Rempah menumis: kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih
Bahan-bahan kisar:
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm halia
2cm kunyit hidup
Caranya:
Panaskan minyak dalam kuali, tumis rempah penumis bersama bahan-bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan daging, kacau hingga daging kecut dan keluar airnya.
Biarkan mereneh hingga daging empuk, tambah air jika perlu.
Apabila daging empuk masukkan ubi kentang dan air asam jawa.
Masukkan kerisik dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Kecilkan api, biarkan gulai mereneh lebih kurang 5 minit dan timhul minyak.
Tutup api dan sedia dihidangkan
Ayam Panggang Gula Melaka
Bahan-bahan:
Peha ayam secukupnya, bersihkan dan sapu dengan garam dan serbuk kunyit
Sedikit minyak
Bahan-bahan perapan, diblend halus:
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Serai
Cili merah
Cili padi
Sedikit kiub ayam
Gula Melaka, cairkan
Caranya:
Perapkan kesemua bahan-bahan semalaman.
Panggang atas api sehingga ayam masak.
Lebihan rempah ditumiskan sehingga wangi dan gaul dengan ayam sebelum dihidangkan.
Sup Telur Rebus Berempah

Bahan-bahan:
Telur rebus
Lobak merah
Ubi Kentang
Cili padi, diketuk
Serai, diketuk
Asam keping / gelugor
Kiub Ayam
Air secukupnya
Garam jika perlu
Minyak untuk menumis rempah
Bahan-bahan tumis:
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Bunga cengkih
Buah Pelaga
Bahan-bahan dikisar halus:
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Buah keras, sangai dulu
Bahan-bahan rempah, digaul sebati:
Serbuk jintan manis
Serbuk jintan putih
Serbuk ketumbar
Serbuk lada hitam
Bahan-bahan taburan:
Daun Sup
Daun bawang
Bawang goreng
Caranya:
Panaskan sedikit minyak di kuali, tumiskan bahan-bahan kisar, bahan-bahan rempah dan bahan-bahan tumis sehingga wangi.
Masukkan lobak merah dan ubi kentang, kacau sebati.
Tuangkan air secukupnya dengan api yang sederhana.
Masukkan asam keping, cili padi dan masak sehingga lembut.
Masukkan kiub ayam dan telur rebus. Biarkan mendidih sebentar.
Rasa dulu kurang garam tambahkan sebelum dimatikan api.
Hidangkan panas-panas dengan taburan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
Subscribe to:
Posts (Atom)




















