Friday, 3 January 2020

Siakap Goreng Sambal Daun Kari






















Bahan-bahan:-
Ikan siakap
Garam
Lada putih
Serbuk kunyit
Jus limau

Minyak menggoreng
Tepung jagung

Cara memasak ikan goreng:
Ikan dibelah dan isi dipotong kecil.
Gaulkan dengan garam, serbuk kunyit, lada putih dan jus limau sehingga rata.
Perapkan ikan selama +/- 1~2 jam.
Panaskan minyak, ambil isi ikan dan gaulkan dengan tepung jagung.
Masukkan kedalam minyak panas.
Goreng sehingga kekuningan, toskan dan ketepikan.

Sambal Daun Kari, tumbuk/blend:
Daun kari
Bawang putih
Bawang merah
Akar ketumbar
Cili padi hijau
Cili merah besar
Cili hijau besar
Buah keras, jika suka
Jus limau

Garam 
Gula palm
Minyak menumis

Caranya:-
Panaskan minyak dikuali.
Tumiskan bahan blend sehingga wangi.
Masukkan garam, gula palm dan jus limau.
Kacau sehingga sambal masak dan hidangkan bersama ikan goreng.

Kaki Ayam Goreng Tempura






Kaki ayam cuci bersih dengan garam dan jus limau
Bahan-bahan perapan:
Kaki ayam
Sos ikan
Serbuk bawang putih
Lada hitam
Sedikit baking soda

Bahan-bahan salutan:
Tepung tempura
Air sejuk sedikit

Minyak menggoreng secukupnya

Caranya:-
Satukan tepung tempura dan air sejuk, kacau sebati.
Panaskan minyak.
Celupkan kaki ayam kedalam adunan tepung tempura.
Masukkan kedalam minyak panas.
Goreng sehingga kekuningan.
Angkat dan toskan minyak.
Sedap dimakan semasa masih panas.

Ayam Masak Siam







Sumber resipi:@kualihelena
Bahan-bahan, diperapkan selama 1~2 jam/semalaman:
250g daging (guna ayam) hiris nipis
1 sdt serbuk kunyit
1/4 sdt baking soda

Bahan-bahan sos:-
15 biji cili padi hijau, ketuk
2 batang serai, ketuk
4 helai daun limau purut
2 ulas bawang merah, hiris nipis
2 sdm sos tiram
1 sdm sos tomato
Gula palm
Maggi serbuk cukup rasa
Daun ketumbar

Caranya:-
Panaskan minyak, goreng daging (ayam) bersama bawang merah dan bawang putih.
Masak sehingga daging (ayam) berubah warna.
Masukkan serai, daun limau purut, cili padi dan goreng lagi sehingga wangi.
Masukkan sos tiram, sos tomato, gula dan garam (garam jika perlu). Kacau rata.
Angkat dan letak atas pinggan dan hiaskan dengan daun ketumbar.

Nota: baking soda akan membuat daging menjadi lembut, tak perlu dibasuh selepas perap. Daun ketumbar wajib ada bagi menambah kesedapan daging/ayam masak siam.


Kailan Cah Ikan Masin






















Bahan-bahan:
Sayur kailan
Bawang kuning hiris
1 biji cili padi cincang
Ikan masin
Lobak merah hiris
Bawang putih cincang
Maggi seasonings
Sos tiram
Sedikit air
Minyak menumis

Caranya:
Masukkan sedikit minyak dikuali.
Masukkan ikan masin goreng garing.
Masukkan bawang putih dan cili padi, tumis sehingga wangi.
Masukkan bawang kuning, kacau sehingga layu.
Masukkan sos tiram dan seasonings, kacau dan masukkan sedikit air.
Masukkan batang kailan dan lobak merah, kacau sehingga lembut.
Masukkan daun kailan.
Kacau sehingga sayur lembut.
Angkat dan hidangkan.

Korean Chicken Bulgogi





Sumber resipi:@kualihelena, sedap tau kalau nak cara memasak pergi ke IG@kualihelena

Bahan-bahan perap, diperap selama 2 jam:
300g daging (guna ayam), hiris nipis
2 ulas bawang putih
2 sdm kicap manis
2 sdm kicap cair
1 sdm madu
1/2 sdt baking soda (jangan skip)
1 sdm minyak bijan
Lada hitam
Maggi cukup rasa

Caranya:-
Panaskan kuali non stick, tak perlu letak minyak.
Masukkan daging/ayam perap, kacau sehingga daging/ayam berubah warna.
Kacau perlahan sehingga air sos mengering dan nampak sedikit berminyak.
Angkat dan taburkan bijan dan hirisan daun bawang.
Hidangkan.



Ayam Goreng Sos Ikan





























Rujuk pada resipi yang lepas, mudah, ringkas dan sedap.

Sweet & Spicy Crispy Chicken























Sumber resipi:@kualihelena,, thanks sedap dan ringkas , asal bahan daging saya tukar kepada ayam

Bahan-bahan diperap selama 20 minit:
300g isi ayam dihiris nipis dan panjang
1/4 cawan tepung jagung
2 sdm kicap manis (guna lebih untuk dapatkan warna yang gelap sebab ayam berwarna putih)

Bahan-bahan tumis:
2cm halia cincang
3 ulas bawang putih cincang
Daun kari (saya ganti dengan daun limau purut sebab tak ada stok)

Bahan-bahan sos:
2sdm sos tiram
2sdm sos cili
Susu segar tak bubuh
Lada putih
Sedikit gula tak letak
Sedikit seasonings

Caranya:-
Goreng daging/isi ayam sehingga bertukar warna kecoklatan dan garing. (Jangan goreng ayam terlalu lama dan garing sangat).
Angkat dan ketepikan.
Masukkan sedikit minyak dikuali, masukkan bahan tumis dan kacau sehingga wangi.
Kemudian masukkan sos tiram dan sos cili, kacau rata.
Masukkan sedikit susu (kalau guna dan kalau nak berkuah lebihkan).
Perisakan dengan gula, lada putih dan seasonings.
Akhir sekali masukkan daging/ayam, kacau sebati dan boleh dipadamkan api.
Jika suka pedas boleh tambah cili padi.