Monday, 7 December 2020

Mee Goreng Mamak





Resepi by:@yatiekitchen
Recooked by:@kim_kimberly1509 
Bahan digoreng garing untuk air stok, blend halus, tapis dan buang hampas:
Kulit dan kepala udang

Bahan-bahan pes digoreng garing, bleng halus:
Cili kering dipotong serong, Rebus atau rendam dengan air panas dulu
Bawang merah kecil
Bawang putih
Kacang tanah
Isi udang

Mee kuning
Ubi kentang potong kecil dan rebus empuk
Tauhu goreng
Taugeh
Sawi / kobis
Fishcake
Tomato dibelah 4
Telur
Sos tiram
Sos cili
Sos tomato
Cili hijau potong sering
Daun sup
Limau nipis
Bawang goreng
Mushrooms seasonings 
Minyak menumis

Caranya:
Panaskan minyak tumis bahan blend sehingga garing. 
Masukkan stok air udang untuk dijadikan pes, kacau rata. 
Masukkan sos tiram, sos tomato dan sos cili, kacau rata. 
Masukkan mee, gaul sebati. 
Masukkan kobis, tauhu goreng, tomato dan kentang rebus, gaul sebati. 
Masukkan fishcake, telur, cili hijau dan taugeh, gaul rata. 
Taburkan mushrooms seasonings, gaul sebati dengan api yang besar. 
Siap dihidang bersama potongan limau nipis dan ditabur bawang goreng dan daun sup. 


Monday, 30 November 2020

Ayam Goreng Berempah







Resepi by:@yatiekitchen, untuk cara memasak boleh rujuk di @yatiekitchen_video, thanks sis
Recooked by:@kim_kimberly1509 
Bahan-bahan rempah, dikisar kasar:
Biji ketumbar, sangai dan kisar kasar
Cili kering potong pendek celur dan kisar kasar
Serbuk kunyit
Garam
Mushrooms seasonings 
Daun kari
Tepung beras

Ayam dipotong kecil

Caranya:
Gaulkan ayam dengan kesemua bahan-bahan dan perapkan semalaman atau sebentar. 
Goreng dengan api sederhana sehingga masak. 





Samosa Sayuran






Resepi by:@kualihelena
Recooked by:@kim_kimberly1509 
Bahan-bahan inti:
1 carrot potong dadu
2 saiz sedang ubi kentang potong dadu
200g ayam kisar 
Daun sup / bawang hiris
200ml air
Serbuk lada putih

Bahan-bahan ditumbuk:
5 bawang merah
4 bawang putih

Cara memasak inti:
Tumis bahan tumbuk sehingga wangi. 
Masukkan ayam kisar dan masak sehingga ayam berubah warna. 
Masukkan carrot, kentang dan air. 
Masak sehingga agak lembut, masukkan daun sup/bawang.
Perisakan dengan garam, lada putih dan cukup rasa.
Kacau sebati sehingga agak kering. 

Cara menggulung popia:
Gunting kulit popia pada 3 bahagian, Pastikan gunting pada 3 bahagian, kalau gunting pada 2 bahagian susah nak gulung bentuk segitiga.
Lipat popia bentuk segitiga, isikan sedikit inti, lipat lagi bentuk segitiga.  Kalau tak faham boleh rujuk di @kualihelena ada video menunjuk cara melipat popia. 
Akhir sekali sapu gam tepung dihujung-hujung bahagian kulit. 
Goreng dengan api yang sederhana dan sentiasa dibalik-balikkan supaya warna nya sekata. 


Salad Chicken Pepperoni bersama Telur Dadar








Recipe by:@kim_kimberly1509
Bahan-bahan sos, digaul sebati:
1 sdb bijan putih sangai, tumbuk sehingga halus
1 sdb bijan hitam sangai, tumbuk halus
1/2 sdb kacang tanah sangai tumbuk halus
1 ulas bawang putih 
1 sdb minyak zaitun 
1 sdb kicap cair
Rice vinegar secukup
1 biji jus perahan lemon
Lada hitam kasar
Gula perang / madu

Bahan-bahan salad:
Daun salad hiris
Lobak merah parut
Telur dadar
Chicken pepperoni



Pumpkin Gnocchi





Recipe by:@saomeaklong, thanks for the dessert recipe🙏❤️
Recooked by:@kim_kimberly1509 
Bahan-bahan:
100g labu kuning
1 cawan tepung ubikayu
100ml air kelapa
250ml santan pekat
1/4 cawan gula pasir
1/2 sdt garam, lain nak letak 1/4 sdt
Bijan sangai
Isi kelapa / kelapa parut muda
Daun pandan

Cara membuat gnocchi:
Rebus labu kuning sehingga lembut. 
Angkat dan toskan air. 
Lenyek labu kuning bersama tepung ubikayu semasa masih panas. 
Bila dah suam sedikit barulah diulu hingga tidak melekat ditangan. 
Rehatkan sebentar. 
Sediakan air rebusan yang diisi dengan daun pandan sehingga mendidih. 
Sediakan mangkuk besar yang diisi air sejuk + air batu. 
Ambil sedikit doh dan leperkan pada acuan kuih siput. 
Gulung dan terus dimasukkan kedalam air yang mendidih. 
Bila timbul di permukaan bolehkah diangkat dan masukkan pada air sejuk. 
Buat sehingga habis, biarkan direndam dengan air ais. 
Cara membuat kuah:
Masukkan daun pandan, air kelapa, gula dan garam kedalam periuk, masak sehingga gula larut. 
Masukkan santan pekat kacau sebentar, masukkan gnocchi kedalam Kuah, kacau rata dan matikan api. 
Hidangkan bersama bijan dan isi kelapa. 





Wednesday, 25 November 2020

Purple Sweet Potatoes Gnocchi




















Recipe by:@saomeaklong, thanks sis so yummy 😋 
Recooked by:@kim_kimberly1509
Bahan-bahan:
100g keledek ungu
1/4 cawan tepung ubikayu
100ml air kelapa, guna air mineral
250ml santan pekat
1/4 cawan gula putih kasar, tak perlu kurang tak terlalu manis 
1 sdt garam, lain kali nak guna 1/4 - 1/2 sdt
Daun pandan
Bijan putih sangai, mesti letak baru sedap
Isi kelapa tak ada stok, guna parutan kelapa segar, mesti letak juga baru sedap

Acuan kuih siput atau guna belakang garpu

Caranya:
Rebus keledek hingga lembut, angkat dan toskan air. 
Semasa masih panas lenyekkan dengan garpu bersama tepung ubikayu. 
Setelah suam sedikit uli sehingga tidak melekat ditangan. Rehatkan sebentar. 
Sediakan air rebusan secukupnya, masukkan daun pandan dan rebus air sehingga mendidih. 
Ambil sedikit adunan, leperkan pada acuan/garpu, lalu gulung. Buat sehingga habis. 
Masukkan kedalam air yang telah mendidih. 
Bila timbul diatas permukaan air, angkat dan toskan air. 
Masukkan pula kedalam air sejuk. 

Cara memasak kuah:
Masukkan air kelapa, gula dan daun pandan. 
Didihkan sehingga gula larut. 
Masukkan santan pekat dan gnocchi, sambil dikacau. 
Padamkan api. 
Hidangkan bersama sedikit taburan bijan dan isi kelapa. 
Boleh dimakan panas atau sejuk. 




Wednesday, 11 November 2020

Sup Ikan Kembung








Resepi by:@kim_kimberly1509 
Bahan-bahan:
1 ekor ikan kembung
Cili padi merah / hijau ikut suka
2 ulas bawang putih cincang
1/2" halia
1 batang serai diketuk
1 biji tomato dipotong 4
Daun ketumbar/sup
Daun bawang
Sedikit bawang merah goreng
Sedikit serbuk lada sulah
Sedikit perisa
Sedikit sos ikan
2 biji jus perahan limau nipis
Garam secukup
Air 

Caranya:
Masukkan air kedalam periuk. 
Masukkan bawang putih, halia, cili padi, serai dan batang ketumbar/sup. 
Kacau dan biarkan mendidih. 
Masukkan perisa, jus limau, sos ikan dan kacau, biar mendidih. 
Masukkan ikan, tomato, garam dan lada sulah, sambil di balikkan ikan sekali saja. 
Rasa sebelum dimatikan api.