Sunday, 30 June 2019

Ayam Panggang HP Sos




Bahan-bahan:
Kepak ayam
Sos HP
Sos Tiram
Serbuk paprika
Serbuk sriracha
Gula perang
Minyak zaitun

Caranya:
Perapkan kepak ayam dengan kesemua bahan-bahan diatas selama semalaman atau 5-6 jam.
Panggangkan dengan pemanggang ajaib sehingga masak.
Angkat dan hidangkan dengan lobak merah karamel.


Garam secukup rasa

Ayam Popcorn Bijan




Bahan-bahan:
Isi ayam dipotong kecil
Bijan disangai dan tumbuk kasar
Kicap cair
Sedikit kicap pekat
Lada hitam ditumbuk
Lada putih ditumbuk
Serbuk bawang putih
Serbuk halia
Minyak bijan
Telur putih, dipukul sebentar
Garam secukup
Minyak menggoreng secukupnya

Hirisan Bawang besar, jika suka disalutkan dengan bahan-bahan salutan dan goreng garing

Bahan-bahan salutan, sebatikan:
Tepung beras
Tepung jagung
Garam jika perlu
Sedikit lada putih
Sedikit lada hitam

Caranya:
Potong isi ayam menjadi ketulan yang kecil.
Perapkan isi ayam dengan bijan yang disangai, kicap cair, kicap pekat, lada hitam, lada putih, serbuk bawang putih, serbuk halia, minyak bijan dan putih telur.  Rasa dulu kurang garam, masukkan sedikit garam atau secukup rasa.
Perapkan +/- 2 jam.
Setelah dikeluar dari peti sejuk biarkan sebentar barulah di salutkan dengan bahan-bahan salutan.
Panaskan minyak dikuali.
Goreng sehingga masak dan keperangan, angkat dan toskan minyak.

Lobak Merah Karamel






Bahan-bahan:
Lobak merah cuci bersih, kulit tak perlu dibuang
Gula perang
Mentega
Bawang putih dicincang kasar
Sedikit serbuk kulit kayu manis

Garam Laut jika suka

Caranya:
Masukkan mentega, bawang putih dan gula perang dikuali.
Setelah cair, masukkan lobak merah, masak sehingga lembut.
Sebelum diangkat, masukkan garam laut dan kacau sebati, barulah diangkat dan hidangkan.

Thursday, 27 June 2019

Macaroon



























Sumber resipi: hanamemories.blogspot
Bahan-bahan:-
2 biji (80gm) putih telur
60gm gula castor
80gm almond powder
120gm gula aising (tidak boleh dikurangkan)
Sedikit esen vanila

Inti: Nutella, Chocolate Filling, Fruit Filling, Peanut Butter

Caranya:
Ayak almond powder dengan gula aising.
Pukul putih telur dengan gula castor sehingga berbuih. Masukkan esen vanila pukul lagi sehingga kembang/bertanduk. (Bila terbalik mangkuk telur tu tak jatuh, dah oklah).
Masukkan sedikit demi sedikit bahan yang diayak tadi ke dalam telur putih.
Kacau perlahan-lahan macam buat kek.
Masukkan adunan yang dah siap ini ke dalam piping bag (guna plastik putih biasa pun boleh, gunting bucu yang di bawah).
Picit ke atas dulang oven yang dah dialas dengan baking paper sebesar size 20 sen atau 50 sen.
Jarakkan setiap satu lebih kurang 3cm.
Ambil toothpick, pecahkan mana-mana gelembung udara yang terbentuk di permukaan macarons untuk mengelakkan permukaan macaroon menjadi berlubang bila dibakar.
Biarkan permukaan macaroon kering atau tak melekit di tangan bila disentuh sedikit sebelum dibakar.
(Bergantung pada cuaca juga, atau boleh letak bawah kipas supaya cepat kering).
Sebelum dibakar test dulu dengan jari, kalah dah tak melekat bolehlah dibakar.
Bakar dalam oven pada suhu 150C selama 20 minit atau bergantung pada oven masing-masing lebih kurang 16-17 minit.
Sejukkan dulu sebelum diletakkan inti.

Tip:
Masukkan serbuk almond dalam food processor tapi jangan dikisar terlebih nanti akan berminyak.
Kemudian ayakkan dan timbang semula menjadi 80gm dan jika perlu dijemur dulu kalau agak lembab.
Gula aising dan serbuk koko pun kena diayakkan dulu, kemudian satukan dengan serbuk almond.
Telur di masukkan ke dalam mangkuk pengadun putar sehingga berbuih, masukkan gula kastor sedikit demi sedikit (buat 3x) sambil diputar sehingga benar-benar mengilat, jika mangkuk diterbalikkan adunan tidak terjatuh.  Kena periksa meringue di dasar mangkuk masih berair maknanya putih telur belum sempurna, sebab kadang-kadang jika dibiarkan beberapa saat akan kelihatan berair.  Maknanya kena putar lagi hingga benar-benar kukuh, jika meringue sudah kukuh takkan cair di dasarnya walau pun dibiarkan agak lama.
Pastikan juga putih telur yang kita guna adalah putih telur yang segar, jadi senang nak kembang dan mengilat.
Setelah meringue siap, masukkan campuran serbuk almond, gula icing, serbuk koko secara bertahap (buat 3X), kaup balikkan hingga rata setiap kali bahan kering dimasukkan.
Ambil sedikit adunan guna spatula, sengetkan spatula, jika adunan jatuh perlahan maknanya dah ok.
Masukkan adunan ke dalam piping bag, paipkan ke atas dulang yang telah dilapik dengan non-stick paper sebesar 1" (jangan guna kertas minyak).
Semasa kita paipkan adunan ke atas dulang, pastikan pegang piping bag dalam keadaan yang menegak, jangan sesekali sengetkan piping bag kerana akan menyebabkan macarons tidak rata/bulat.
Jangan lupa jarakkan setiap adunan.  Kemudian pegang hujung dulang dan hentakkan ke atas meja, lepas itu pusingkan dulang, pegang lagi hujungnya, angkat dan hentakkan lagi ke meja, lepas itu pusingkan dulang, pegang lagi hujungnya, angkat dan hentakkan lagi ke meja, ini bertujuan untuk membentuk/meratakan permukaan macaroon dengan cepat dan juga membuang buih halus di atas permukaan macaroon. 
Setelah itu biarkan macaroon kering, jika disentuh dengan jari tidak ada yang basah atau melekat.
Kalau nak cepat kering onkan kipas.  Macaroon akan kering dalam masa 60 - 90 minit.
Punca macaroon retak ketika dibakar ialah kerana tak cukup kering, jadi sabar-sabarlah biarkan kipas mengering macaroon sampai betul-betul kering sebelum dimasukkan dalam oven.
Setelah macaroon kering panaskan oven pada suhu 160C selama 10 - 15 minit.
Letak dulang yang berisi macaroon pada rack bawah dalam oven dan bakar guna api atas bawah.
Ingat suhu oven berbeza jadi pandai-pandailah set suhu oven masing-masing, bakar macaroon selama 5 - 8 minit, kemudian keluarkan dari oven dan dengan pantas pusingkan dulang tadi dan bakar lagi macaroon selama 5 - 8 mint.
Tujuannya ialah supaya macarons masak sama rata.  Setelah masak keluarkan dari oven dan biarkan selama 10 minit, kemudian tanggalkan dari kertas pembakar.
Biar sejuk sepenuhnya baru diletakkan inti coklat dan sebagainya.
Adalah sebab macarons melekit pada kertas pembakar dan susah nak tanggalkan kerana macaroon tak masak sempurna.  Jadi kalau rasa macaroon belum masak sempurna ketika dibakar selama 5 - 8 minit sebaiknya masa membakar ditambahkan dari 5 - 8 minit kepada 10 - 12 minit.
Jika macaroon masak dengan sempurna maka bahagian tapak macaroon pun halus dan mulus.
Kalau nakkan kaki macaroon yang tinggi, bakar macarons guna api atas sahaja selama 5 - 8 minit.
Kemudian bakar lagi macaroon guna api atas bawah selama 5 - 8 minit.
Unutk menyimpan macaroon memang sangat mudah, sesudah diberi filling, simpanlah macarons di dalam peti sejuk jika belum dihidangkan.




Tuesday, 25 June 2019

Ayam Goreng Ala Korea




Sumber resipi:Chef Suwarsi M. Arukin via 101 Resispi Ringkas Untuk Sekeluarga
Bahan-bahan A (Ayam Goreng):
10 - 15 ketul ayam bahagian drummet
6 ulas bawang putih, kisar halus
3cm halia kisar halus
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar gula perang
1/4 sudu kecil garam

Bahan-bahan B, digaul
1/2 cawan tepung gandung
1/2 cawan tepung jagung

Bahan-bahan C (Sos):
2 sudu besar cili kisar
4 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar madu
2 sudu besar gula perang
1 sudu besar jus lemon
3 ulas bawang putih ditumbuk lumat
Garam dan lada sulah secukupnya

Caranya:
Ayam Goreng:
Satukkan bahan-bahan A. Gaul sebati dan perap selama 10 minit.
Salutkan ayam yang sudah diperap dengan bahan-bahan B lalu digoreng garing dan masak, ketepikan.
Sos:
Di dalam kuali lain, panaskan 1 sudu besar minyak.
Tumis bawang putih hingga wangi.
Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili masak.
Masukkan baki bahan-bahan C. Gaul sebati.Tambah garam dan lada sulah.
Masukkan ayam goreng lalu kacau sebati.
Akhir sekali tabur bijan sangai dan cincangan daun bawang.
Hidangkan.

Ikan Kukus Ala Thai




Sumber resipi: Zalina Yahaya via 101 Resipi Mudah & Cepat
Bahan-bahan A:
1 ekor ikan siakap dibersihkan dengan jus limau nipis dan garam kemudian dikelar

Bahan-bahan B:
5 ulas bawang putih, dicincang halus
10 biji cili padi, dicincang halus (boleh dikurangkan)
8 sudu besar air perahan limau nipis

Bahan-bahan Perasa digaulkan:
4 sudu besar air (guna air panas)
4 sudu teh gula
1/4 sudu teh garam

Bahan-bahan hiasan:
Hirisan daun ketumbar
Hirisan limau nipis

Caranya:
Didihkan air kukusan.  Letakkan ikan di dalam kukusan dan kukus selama 10 minit atas api kuat.
Kukus ikan tanpa perasa atau air.
Sos:
Sebatikan bahan-bahan B dan bahan-bahan perasa.
Setelah ikan masak, angkat dari kukusan.
Ambil air ikan yang keluar hasil dari kukusan,sebatikan ke dalam sos.
Tuang sos ke atas ikan. 
Hias dengan daun ketumbar dan hirisan limau nipis.

Ayam Kicap Pedas






Sumber resipi:Zalina Yahaya via 101 Resipi Mudah dan Cepat
Bahan-bahan A:
1/2 ekor ayam dipotong 6 bahagian
3 ulas bawang putih, ditumbuk halus
1" halia, ditumbuk halus
1/2 cawan kicap pekat
2 sudu besar serbuk cili

Bahan-bahan B:
10 ulas bawaing putih dihiris halus
5 ulas bawang merah dihiris halus
2" halia dihiris halus
1 batang serai, diketuk
3 tangkai daun kari
4 tangkai cili kering dipotong 2"
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang

Bahan-bahan perasa:
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh sos tiram
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
Sedikit gula perang, saya tambah

Bahan-bahan hiasan:
1 labu bawang besar dipotong bulat
2 biji cili merah dihiris halus
1 biji tomato dibelah 4
3 batang daun bawang dipotong 1"

Caranya:
Gaulkan bahan A dan perap sekurang-kurangnya 30 minit.
Panaskan minyak 4 sudu besar dan tumiskan bahan-bahan B sehingga naik bau.
Masukkan ayam dan masak sekejap (masukkan sedikit air jika terlalu kering).
Masukkan bahan-bahan perasa dan kacau sekejap.
Masukkan bahan-bahan hiasan dan kacau rata.
Hidangkan dengan nasi putih.