Thursday, 21 January 2021

Singgang Ayam Ala Thai







Resepi by:@Wan Halina Wan Ibrahim laman Masak Apa Hari Ini via Norhasliza Yusoff, keluarga.my
Resepi Asal tiada sukatan, anggaran sukatan cara saya
Recooked by@kim_kimberly1509
Bahan-bahan:
1 keping ayam dipotong kecil
3 ulas bawang putih cincang/hiris
1/2 bawang Holland / Bawang Besar / 3 ulas bawang merah kecil cincang
1" lengkuas ketuk 
1" halia hiris
1" kunyit hidup hiris
1 batang serai ketuk dan hiris 
3 biji cili padi hijau hiris / ketuk
3 biji cili padi merah hiris / ketuk
Air secukup
Seasonings 
Garam 
1 sdb minyak menumis

Caranya:
Panaskan minyak dikuali. 
Tumiskan kesemua bahan-bahan sehingga naik bau. 
Masukkan air secukupnya dan biarkan hingga mendidih. 
Ayam boleh ditumis atau tanpa tumis, saya tak tumis. 
Bila air dah mendidih masukkan ayam. 
Masukkan perisa, garam secukup rasa. 
Masak sehingga ayam empuk. 
Hidangkan bersama nasi putih. 

 

Wednesday, 20 January 2021

Spaghetti Telur Masin




Resepi by:@kim_kimberly1509 
Bahan-bahan:
Spaghetti 
Lada Benggala merah hiris
Fishkek hiris
Daun bawang hiris
Lobak merah hiris
Timun hiris
Serbuk telur masin
Bawang putih cincang
Garam
Perisa
Serbuk lada hitam kasar
Cili padi hiris
Minyak zaitun
Serbuk parmesan dan cheesedale

Caranya:
Sediakan air rebusan untuk merebus spaghetti. Masukkan garam dan minyak zaitun kedalam air rebusan. 
Bila dah mendidih, baru dimasukkan spaghetti. 
Rebus sehingga spaghetti masak, toskan air dan simpan sedikit air rebusan. 
Panaskan minyak zaitun, tumiskan bawang putih, masukkan fishkek dan cili padi, kacau. 
Masukkan lada benggala, gaul rata. 
Masukkan serbuk telur masin, air rebusan sedikit, garam dan perisa secukupnya. 
Masukkan spaghetti, cheesedale, serbuk lada dan gaul rata. 
Masukkan lobak merah dan timun, gaul sehingga sebati. 
Rasa dulu sebelum dipadamkan api. 
Sebelum dihidang, taburkan hirisan daun bawang dan parmesan cheese. 



Monday, 18 January 2021

Jus Kelapa, Timun & Pudina





 

















Resepi by:@kim_kimberly1509
Bahan-bahan:
Jus Kelapa segera
Timun disagat
Daun pudina
1/2 jus perahan air limau nipis
Sekeping hirisan limau nipis
Air Batu jika suka

Caranya:
Masukkan sedikit timun yang dihiris dan daun pudina kedalam gelas yang tinggi. 
Dengan menggunakan sudu, lenyek timun bersama empulur dan daun pudina hingga layu. 
Masukkan sedikit jus kelapa dan jus limau nipis, kacaukan. 
Masukkan timun yang disagat dan daun pudina, tuangkan baki jus kelapa. 
Simpan dalam peti sejuk atau masukkan ketul an air batu. 
Sedia diminum. 





Peha Ayam Sumbat Mozella Cheese




Inspirasi dari:@deadessert @recetasgeniales 

Recooked by@kim_kimberly1509 
Bahan-bahan:
2 ketul peha ayam
Sedikit lada hitam kisar
Sedikit rosemary segar, guna kering
Garam
Seasonings 
Air secukupnya

Cara memasak ayam:
Masak peha ayam selama 45 minit sehingga lembut. 
Carikkan isi ayam, kemudian blend atau cincang. 
Simpan tulang peha jangan dibuang, nanti akan disalut dengan isi ayam. 

Bahan-bahan salutan peha ayam:
Ubi kentang rebus dan lenyek halus. 
Sedikit serbuk lada
Garam secukup
Seasonings 
Isi ayam yang diblend atau cincang tadi
Sebiji telur
Serbuk roti secukupnya
Mozzarella cheese secukupnya

Minyak menggoreng

Cara menyediakan salutan peha ayam:
Satukan ubi kentang dan ayam yang sudah diblend/cincang. 
Masukkan secukup garam, seasonings dan serbuk lada. 
Ambil sedikit adunan ayam blend/cincang, leperkan dan letakkan mozzarella cheese, ambil tulang peha ayam tadi, kepalkan pada tulang. 
Bentukkan seperti tulang peha dan tutup dengan kemas. 
Kalau tak ditutup kemas semasa menggoreng cheese akan terkeluar. 
Celupkan pada telur kemudian celup pada breadcrumbs. 
Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan. 
Tak perlu digoreng lama, toskan di redai. 
Hidangkan bersama cili sos dan makan semasa masih panas. 



Thursday, 14 January 2021

Popia Sayuran





Cara menggoreng popia ikut cara @kualihelena
Resepi inti by:@kim_kimberly1509

Bahan-bahan:
1 batang lobak merah saiz kecil, sagat
1 biji epal hijau, sagat
1 biji epal merah, sagat
1 biji tomato buang isi, dipotong
1 biji timun sagat
1 ulas bawang putih cincang halus

Kulit popia
Garam
Perisa
Minyak menggoreng

Gam popia: tepung + sedikit air

Caranya:
Masukkan 1 sdb minyak, tumis bawang putih sekejap.
Masukkan kesemua sayuran, garam dan perisa, gaul rata sehingga sedikit layu.  Tak perlu dimasak lama, tapis dan perahkan air. 
Sejukkan inti. 
Sediakan kulit popia, Letakkan inti ditengah, lipat kedua belah dan gulung jangan terlalu ketat. 
Panaskan minyak, api sedang, goreng popia dan sentiasa dikacau dan balik kan supaya masak sekata. 
Bila dah kekuningan bolehlah diangkat dan toskan minyak. 
Hidangkan bersama sos kegemaran. 




Pla Neung Manao




Resepi by:@kualihelena 
Recooked by:@kim_kimberly1509 
Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap, guna bawal putih kecil
2 batang serai dihiris
Daun ketumbar
Sedikit garam

Bahan-bahan sos:
5 ulas bawang putih dicincang
Cili padi dipotong halus
1 batang cili besar
3 batang daun dan akar ketumbar
3 sdb sos ikan
1 sdb gula
1 biji limau nipis
1/4 sdt stok ayam / seasonings
Sedikit air

Caranya:
Satukan bahan ikan dalam pinggan tahan panas, kukus selama 10 minit. 
Sementara itu campurkan kesemua bahan sos kedalam mangkuk, kacau sebati. 
Kemudian selepas 10 minit, tuangkan bahan sos kedalam ikan. 
Kukus lagi selama 5 minit. 
Siap dihidangkan. 







Spaghetti Aglio Olio





Resepi by:Cik Nafsiah Rahim via rasa.my 

Recooked by@kim_kimberly1509
Bahan-bahan:
1 paket spaghetti 
10 ~ 15 ekor udang
5 ~ 6 ekor sotong
2 batang sosej 
1 sdb cili flakes 
1 sdb lada hitam kasar
3 sdb serbuk Oregano, guna daun kering oregano, boleh dikisar
5 biji cili kering, potong 
1 kiub pati ayam
2 keping cheese, guna cheesedale
Tomato ceri, guna tomato besar
Lada Benggala, guna cili merah segar

Caranya:
Mulakan dengan merebus spaghetti, masukkan 1 sdb minyak zaitun kedalam air rebusan. 
Rebus selama 5 ~ 7 minit dan tapiskan air. Simpan sedikit air rebusan untuk diguna kemudian. 
Dalam kuali yang lain, masukkan minyak zaitun dan tumiskan bawang putih sehingga naik bau. 
Masukkan cili kering potong. 
Kemudian masukkan udang, sotong dan sosej. 
Masak selama 1 minit dan masukkan sedikit air rebusan spaghetti. 
Seterusnya masukkan cili flakes, lada hitam, oregano, cheese dan kuib ayam, masak seketika. 
Masukkan pula spaghetti, tomato dan lada benggala, gaul sehingga rata. 
Hidangkan panas-panas.