½ bahagian peha ayam, dicuci
bersih, dipotong kecil dan gaul rata dengan bahan yang bertanda *
Serbuk lada *
Serbuk bawang putih *
Sedikit garam *
Bahan salutan ayam:
1 cawan tepung beras
½ cawan tepung jagung
Sedikit serbuk penaik
Garam secukupnya atau kiub pati
ayam
Bahan-bahan tumisan:
Daun kari
Bawang putih dicincang
Cili padi, dipotong
Bawang Holland, dihiris kasar
Telur masin yang telah di rebus
dan cincang kasar
Sos – kacau sebati:
Rempah kari
Sos tiram
Maltose
Sedikit air panas
Caranya:
Goreng ayam yang telah disalut
dengan bahan tepung sehingga garing dan masak, angkat dan ketepikan.
Ambil sedikit minyak dari minyak
menggoreng ayam tadi.
Tumiskan daun kari, bawang putih
sehingga wangi, masukkan cili padi dan bawang Holland , kacau sehingga rata.
Masukkan bahan-bahan sos dan
kacau sehingga sebati, rasa dulu sebelum dimasukkan telur masin dan ayam.
Setelah cukup perasa, masukkan
ayam dan telur masin, dibalik-balikkan sehingga rata, angkat dan hidangkan.