Resipi: Norazie - Resepi.net. Sumber : Mas DuniaKu / Noorsha 1001 Cerita 1001 Rasa
Bahan-bahan:
300g mentega (jenama SCS atau Anchor / Buttercup) Kim guna margerine
120g gula aising Kim guna 110g
2 kuning telur
4 sudu besar susu pekat manis
1 camca teh esen vanila
240g tepung gandum Jika adunan masih lembik, boleh tambah sedikit-sedikit
100g tepung jagung*
200g tepung kastard*, bahan-bahan bertanda * diayak
Ceri merah dipotong kecil untuk hiasan
Caranya:
Putar mentega/margerine dan gula aising hingga sebati, masukkan kuning telur dan esen vanila dan putar hingga bahan-bahan bercampur semua dengan spatula sahaja. Tak perlu dipukul lama sebab nanti biskut menjadi kembang.
Masukkan tepung kastard dan jagung terlebih dahulu, kacau rata dengan spatula.
Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan mnejadi doh yang lembut dan mudah dibentuk.
Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia.
Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 20 minit.
Biarkan biskut sejuk sedikit di atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas redai. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
No comments:
Post a Comment