Sunday, 22 February 2015

Ayam Telur Masin Berempah Kari



 Bahan-bahan:
½ bahagian peha ayam, dicuci bersih, dipotong kecil dan gaul rata dengan bahan yang bertanda *
Serbuk lada *
Serbuk bawang putih *
Sedikit garam *

Bahan salutan ayam:
1 cawan tepung beras
½ cawan tepung jagung
Sedikit serbuk penaik
Garam secukupnya atau kiub pati ayam

Bahan-bahan tumisan:
Daun kari
Bawang putih dicincang
Cili padi, dipotong
Bawang Holland, dihiris kasar
Telur masin yang telah di rebus dan cincang kasar

Sos – kacau sebati:
Rempah kari
Sos tiram
Maltose
Sedikit air panas

Caranya:
Goreng ayam yang telah disalut dengan bahan tepung sehingga garing dan masak, angkat dan ketepikan.
Ambil sedikit minyak dari minyak menggoreng ayam tadi.
Tumiskan daun kari, bawang putih sehingga wangi, masukkan cili padi dan bawang Holland, kacau sehingga rata.
Masukkan bahan-bahan sos dan kacau sehingga sebati, rasa dulu sebelum dimasukkan telur masin dan ayam.

Setelah cukup perasa, masukkan ayam dan telur masin, dibalik-balikkan sehingga rata, angkat dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment