Bahan A:
1 cawan tepung gandum *
1/2 cawan tepung jagung *
1/2 cawan tepung ubi * ~ bahan bertanda * disatukan, ayakkan
1 cawan kacang tanah goreng dikisar
(Bahan-bahan diatas disatukan dan gaul sebati)
1 cawan gula halus Kim guna campuran gula perang + gula halus kurang dari 1 cawan
1 cawan mentega Kim guna margarine + peanut butter
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
Bahan B: Hiasan
Kuning telur
Kacang masin belah dua
Caranya:
Panaskan ketuhar pada suhu 180C.
Putarkan mentega dengan gula halus sehingga kembang.
Masukkan telur dan esen vanila, putar lagi.
Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit dan adun menggunakan tangan.
Kemudian canai dan terap menggunakan acuan pilihan, letak di dalam loyang yang digris dan sapukan kuning telur.
Tekan kacang sebagai hiasan.
Bakar antara 15-20 minit atau sehingga masak.
No comments:
Post a Comment