Resipi: Yatie@SinarKehidupan via Ummi~homesweethome.blogspot.com
Bahan-bahan:
2 ekor ikan tenggiri, dipotong,bersih dan toskan2 ulas bawang putih*
3 biji bawang merah*
1/2" halia*
4 tangkai cili merah*
4 tangkai cili padi merah*
sedikit belacan* (Bertanda * ditumbuk / kisar halus)
1 tangkai daun kari
3 batang cili hijau dipotong serong
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam dan sedikit gula
1 cawan air atau lebih
2 biji limau kasturi ~ ambil jusnya
Caranya:
Ikan dipotong, bersihkan dan toskan, gaulkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
Gorengkan ikan hingga separuh masak dan ketepikan.
Kisar atau tumbuk bahan-bahan yang bertanda *.
Panaskan minyak di kuali dan tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk sehingga terbit minyak.
Masukkan sedikit air.
Masukkan serbuk lada hitam, daun kari dan lada hijau yang dipotong serong.
Masukkan ikan yang telah digoreng tadi, dan gaul sebati.
Masukkan garam dan sedikit gula.
Masukkan perahan jus limau kasturi.
Biarkan hingga mendidih, perasakan.
Sekiranya dah cukup rasa, bolehlah diangkat dan dihidangkan bersama nasi putih hangat.
No comments:
Post a Comment