Tuesday, 24 April 2018

Roti Peanut Butter Goreng Telur






















Bahan-bahan:
Roti secukupnya
Peanut butter
Mentega
Susu pekat manis
Sedikit serbuk kayu manis
Sedikit tepung jagung
Secubit garam
Minyak untuk menggoreng


Caranya:
Masukkan telur ke dalam mangkuk besar, pukul sehingga kembang, masukkan susu pekat manis, sedikit kulit kayu manis, sedikit tepung jagung, secubit garam dan mentega, pukul sehingga sebati, ketepikan.
Ambil sekeping roti, sapukan peanut butter dipermukaan roti, ketepikan
Ambil sekeping roti, sapukan dengan mentega dan kepilkan dengan sebahagian roti yang disapu dengan peanut butter, buat sehingga habis.
Celupkan roti peanut butter ke dalam adunan telur.
Masukkan minyak di kuali, panaskan dan masukkan kepingan roti yang telah dicelup dengan telur dan goreng sehingga kekuningan.
Angkat dan toskan minyak.
Hidangkan semasa masih panas.









No comments:

Post a Comment