Bahan-bahan:
Kulit wantan
1 biji telur dipukul
Cincangan isi ayam
Cincangan udang
Cincangan sengkuang cina / sengkuang / lobak merah
Daun bawang
Sedikit minyak bijan
Sedikit lada sulah
Sedikit kicap cair
Garam jika perlu
Minyak untuk menggoreng terendam
Caranya:
Gaulkan kesemua bahan-bahan kecuali minyak menggoreng.
Ambil sekeping kulit wantan, sapukan telur di sekeliling permukaan kulit.
Bubuh inti dalam 1 sudu teh di tengah dan bungkus ikut suka.
Sediakan minyak panas dan goreng sehingga kekuningan.
Angkat dan toskan minyak.
Hidangkan semasa masih panas dan cicah dengan sos kegemaran.
No comments:
Post a Comment