Resipi : TinTin Rayner
Bahan-bahan No. 1:
350g tepung roti
150g tepung low protin
80g gula pasir ~ guna 48gm
3 biji kuning telur
1 biji putih telur
75ml susu cair
150ml air sejuk
10g Ragi Instant
10g susu serbuk
1/2 sudu teh vanila powder / esen
Bahan-bahan No. 2:
5 g garam
100g butter
Caranya:
Masukkan bahan-bahan kering, kacau rata dengan sendok.
Masukkan bahan-bahan kering ke dalam mixer, masukkan bahan-bahan basah dari no. 1, uli sehingga kenyal.
Masukkan bahan-bahan no. 2, uli sehingga elastik halus, bila ditarik tak pecah, bolehlah dikeluarkan dari mixer.
Canaikan dan tekan dengan acuan bulat.
Taburkan tepung pada loyang, dan letakkan donut yang telah ditekan tadi pada loyang.
Diamkan sehingga kembang 2x ganda.
Sediakan minyak dan goreng dalam minyak panas yang sedang, hanya dibalikkan sekali sahaja.
Toskan mnyak, sejukkan sebelum dipaipkan dengan jem nutella, strawberi atau apa sahaja yang disukai.
No comments:
Post a Comment