Sunday, 29 April 2018

Mee Hoon Goreng





















Bahan-bahan:
Mee Hoon direndan sehingga lembut dan toskan
Kepingan seafood mushroom
Tomato dipotong baji
Daun bawang
Kepingan tauhu kering

Paste tomato
1 sudu kecil serbuk kari
Cili boh
Bawang besar dimayang
Bawang merah ditumbuk
Bawang putih ditumbuk
Sedikit halia ditumbuk
Lada sulah
Sos tiram
Sos ikan
Garam jika perlu
Air secukupnya.

Caranya:
Masukkan sedikit minyak di kuali.
Tumiskan bawang merah sehingga layu, masukkan cili boh, kacau sebati sehingga garing.
Masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk dan serbuk kari, kacau sebati.
Masukkan sedikit air jika perlu.  Masukkan paste tomato sedikit, kacau sebati.
Masukkan tomato dan kacau sehingga layu.
Masukkan keping tauhu kering, seafood mushroom dan mee hoon.
Kacau sebati, masukkan air secukupnya.
Masukkan lada sulah, sos tiram dan sos ikan, tambahkan garam jika perlu.
Tambahkan air sedikit demi sedikit, masak sehingga mee hoon lembut, bolehlan dipadamkan api.
Masukkan daun bawang dan bawang goreng jika suka, gaul rata.
Angkat dan hidangkan.





No comments:

Post a Comment