Lempeng Susu Cair
Sumber resipi: Mat Gebu
Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur Gred A
1/3 cawan susu cair (boleh guna susu segar atau santan)
2 cawan air
1/2 camca teh serbuk bawang (optional)
Garam secukup rasa
Parutan lobak merah sedikit (Kim tambah)
Hirisan Daun Bawang sedikit (Kim tambah
Caranya:
Satukan semua bahan-bahan di atas.
Kacau rata dan masukkan garam secukup rasa. Tapis dan rehatkan adunan sebentar.
Panaskan non stick pan saiz 9", lenser dengan minyak makan.
Tuang 1/3 cawan adunan lempeng, sendengkan pan, agak adunan merata.
Bila permukaan lempeng nampak pucat dan tepinya renggang sedikit dari pan, terbalikkan dan masak sekejap lagi.
Angkat dan buah kaedah yang sama untuk baki adunan sehingga habis.
Hidangkan bersama sambal tumis atau kari ayam/ikan/seafood.
Sambal Sardin
Bahan-bahan:
1 tin sardin yang kecil, buang tulang dan bahagian tengah
Ubi kentang, dipotong dan gorengkan
2 labu bawang besar dicincang
3-4 biji tomato dicincang
Hirisan cili hijau (optional)
Serbuk cili
Air asam sedikit
Garam
Minyak menumis
Sedikit air
Bahan-bahan diblend:
Cili kering
Bawang merah kecil
Bawang putih
Halia
Caranya:
Masukkan minyak sedikit dikuali dan tumis hirisan bawang besar sehingga harum dan layu.
Masukkan tomato dan tumis sehingga kering.
Masukkan bahan-bahan diblend dan tambah minyak jika perlu.
Tumiskan sehingga rempah sebati, masukkan serbuk cili kacau sebati.
Tumiskan sehingga rempah cili masak.
Masukkan air asam dan air secukupnya.
Masukkan sardin dan garam secukupnya, biar seketika.
Angkat dan hidangkan bersama lempeng.
No comments:
Post a Comment