Friday, 2 March 2018

Tun Tim Grob / Biji Delima Thai






















Sumber resipi: resepicitarasawan
Bahan-bahan Sirap Gula: (A)
1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
1 helai daun pandan 
Masak kesemua bahan-bahan diatas sehingga gula larut, ketepikan.

Bahan santan (B):
200ml santan kotak pekat jenama KARA
1/2 sudu teh garam halus
3 mug ketulan ais

Bahan C:
12 biji water chestnut (sengkuang cina), dipotong kecil
1 sudu kecil pewarna merah
1 cawan tepung ubi kayu

Bahan sampingan: Nangka dan Kelapa Muda

Caranya:
Satukan bahan A dan B, masukkan ke dalam pengisar dan kisar hingga ais hancur seperti smoothie.
Masukkan ke dalam bekas atau tupperware dan dinginkan di dalam peti sejuk.
Kupas kulit sengkuang dan potong kiub kecil.
Masukkan pewarna merah atau warna disukai dan gaul hingga rata.
Masukkan tepung ubi ke dalam mangkuk besar, tuangkan sengkuang ke dalamnya, goncang tepung ubi hingga bersalut rata pada sengkuang.
Kemudian masukkan ke dalam pengayak, dan ayak lebihan tepung ubi ke dalam bekas yang lain.
Masukkan sengkuang ke dalam bekas dan spraykan dengan sedikit air, kemudian masukkan kembali sengkuang tadi.
Ulangi langkah no. 3 dan 4 untuk menebalkan lapisan tepung ubi pada sengkuang.
Biarkan selama 30 minit.
Sementara itu, masak air hingga mendidih, masukkan sengkuang dan masak hingga ia timbul di permukaan air dan tepung ubi menjadi jernih.
Angkat dengan penapis, toskan kemudian masukkan ke dalam bekas berisi air sejuk dari peti ais.
Biarkan selam 10 minit, kacau perlahan-lahan supaya delima tidak melekat.
Untuk menghidang:
Keluarkan santan sejuk dari peti ais, masukkan ke dalam mangkuk atau gelas.
Letak biji delima (toskan dulu) dan hirisan nangka dan kelapa muda diatasnya.


No comments:

Post a Comment