Friday, 2 March 2018

Cornflakes Telur Masin





Bahan-bahan:
Cornflakes secukupnya
Daun kari, keringkan dan goreng garing, toskan minyak
Kacang tanah digoreng/sangai
Halia dihiris, toskan dan goreng garing
Serai dititik, toskan dan goreng garing
Serbuk telur masin
Serbuk cili
Bawang putih dicincang
Garam

Caranya:
Masukkan sedikit minyak dikuali, tumiskan bawang putih sehingga garing.
Masukkan serbuk cili, daun kari, halia dan serai, kacau sebati.
Masukkan kacang tanah dan cornflakes dan gaul sebati.
Masukkan serbuk telur masin dan gaul sebati, rasa dulu kalau masin tak perlu tambah garam.
Kacau sebentar sehingga sebati dengan menggunakan api yang kecil.
Angkat, sejukkan sebentar sebelum dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.





No comments:

Post a Comment