Thursday, 1 March 2018
Biskut Subway
Sumber resipi: norazlitaaziz via MAHN Tengku Marceline Tengku Finn & Family
Bahan-bahan:
115gm butter tanpa garam
120gm (1/2 cawan) gula halus putih ~ saya kurangkan 90gm
90gm (1/2 cawan) gula perang ~ saya kurangkan 80gm
1 biji telur gred A
1 sudu teh esen vanila
200gm (1 1/4 cawan) tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
300gm (1 /12 cawan) choc chip
Sedikit coklat butang untuk hiasan - jika suka
Caranya:
Satukan tepung gandum, baking powder dan garam halus dan ayakkan.
Dalam bekas adunan, satukan butter, gula putih halus dan gula perang.
Kemudian gaul rata dengan senduk kayu atau whisk sahaja.
Jangan adun atau pukul lama sangat ya, sekadar ia bergaul sebati saja.
Kemudian masukkan telur dan vanila.
Adun rata.
Masukkan bahan kering yang telah kita ayak tadi dan gaul rata.
Kemudian masukkan choc chip dan adun sempurna.
Sediakan loyang pembakar. Dengan menggunakan scoop ice cream and scoop ke atas tray atau dulang pembakar tadi.
Jarak-jarakkan kerana adunan akan mengembang.
Letakkan hiasan choc cip atau choc button di atasnya.
Simpan dalam peti ais selama 1 jam sebelum dibakar.
Panaskan oven dengan suhu 180C.
Oven perlu di panaskan 15 minit awal sebelum memasukkan adunan cookies.
Bakar selama 15-18 minit.
15 minit tekstur sedikit lembut dan 18 - 20 minit sedikit rangup.
Jika suka chewy dan lembab-lembab bakar selama 15 minit dan mencukupi.
Baki adunan yang anda tak nak bakar boleh disimpan dalam bekas kedap udara dan simpan di dalam peti ais dekat chiller aje yang bukan tempat beku.
Bila teringin nak makan, keluarkan sekejap dan bakar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment