Sunday, 11 March 2018

Bebola Ayam Dan Sos Putih






Bahan-bahan Chicken Meatballs
Isi ayam dicincang halus
2 keping roti diracik halus
Serbuk roti
Serbuk lada hitam
Serbuk buah pala
Serbuk mixed spices/all spices
Sedikit dill dicincang
1 biji bawang holland dicincang
1 biji telur
Garam

Sedikit minyak olive

Jam lingonberry

Caranya:
Masukkan kesemua bahan-bahan yang telah dicincang bersama rempah, garam dan telur ke dalam mangkuk.
Kacau sebati dan simpan di dalam peti sejuk +/1 jam.
Keluar dari petisejuk, kacau sekejap.
Sediakan periuk dengan diisi air yang penuh (seperti nak memasak onde onde), didihkan air sehingga mendidih.
Didalam mangkuk besar sediakan air yang dicampur dengan air batu, ketepikan.
Ambil sedikit adunan meatballs bentukkan bulat masuk kedalam air mendidih.
Masakkan sehingga meatballs timbul angkat dan masukkan kedalam mangkuk berisi air batu.
Buat sehingga habis.
Tapiskan meatballs dan buang air sejuk, ketepikan.
Masukkan sedikit minyak olive dikuali dan goreng meatballs sehingga keperangan, angkat dan letak di pinggan.
Kemudian bolehlah membuat sos putih.

Bahan-bahan Sos Putih:
2 sudu butter
2 sudu tepung gandum
Air rebusan/kiub pati ayam
Cooking cream
Serbuk lada putih
Garam secukupnya
Dill dicincang
Air secukupnya

Cara membuat sos putih:
Panaskan butter sehingga cair, masukkan tepung gandum dan kacau sehingga kekuningan +/1 minit.
Masukkan air rebusan, cooking cream, garam dan dill.
Masukkan air sehingga mendapat kepekatan yang diingini.
Kacau sebati dan rasa sebelum dimatikan api.
Hidangkan panas sos putih dan chicken meatballs dan lingonberry jam,


No comments:

Post a Comment