Bahan-bahan:
2 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 1/2 sudu besar tepung kastard
1 cawan butter (226 gm)
1 sudu besar minyak sapi
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
2 sudu besar tepung susu atau 1 sudu teh susu pekat
Inti Nenas:
2 biji nenas diparut
1 cawan gula
1 helai daun pandan
3 kuntum bunga cengkih
Cara memasak inti:
Nenas diparut dan dimasak sehingga air sedikit kering.
Masukkan gula, duan pandan dan cengkih. Masak sehingga kering.
Sejuk dan ketepikan.
Cara membuat doh:
Campurkan semua bahan kecuali tepung gandum, jagung dan kastard ke dalam mixer.
Pukul sebentar sahaja sekadar melembutkan butter dan menyebatikan bahan-bahan.
Masukkan kesemua tepung-tepung dan uli supaya sebati dan jangan diuli terlalu lama, uli dengan lembut.
Canaikan nipis, gelekkan dengan penggelek, potong empat segi tepat atau guna acuan tart gulung,
letak inti dan gulungkan.
Kalau melekat, taburkan tepung
Sapu dengan kuning telur yang dicampurkan sedikit pewarna dan susu pekat manis, kacau sebati, sapu pada permukaan tart.
Bakar dalam oven, suhu 170C selama 25 minit.
No comments:
Post a Comment