Sunday, 4 March 2018

Lemon Chicken dan Stuffed Fish Dengan Foo Chuk

























Sumber resipi: zulfadreamland via Chef Obie
Bahan-bahan:
1 Keping isi dada ayam/chicken fillet
1 sudu besar kicap cair
1/2 sudu besar kicap manis
1/2 sudu besar lada sulah *
1/2 sudu besar serbuk stok ayam *
6 sudu besar tepung jagung *
1 sudu kecil serbuk paprika (zulfa tambah) * bertanda * dicampurkan dan sebatikan
1 biji telur

6 keping Foo Chuk sumber isi ikan, goreng, toskan dan ketepikan (saya tambah)

Bahan-bahan sos:
1 cawan stok ayam/air biasa
1/2 atau 3/4 cawan jus lemon
2 sudu kecil gula pasir
1/2 biji lemon dihiris
2 batang cili merah kisar (pun sama tambah cili padi)
Bancuhan tepung jagung (saya campur sedikit tepung kastard untuk memberi warna)

Hiasan:
Bijan disangai
Daun Ketumbar
Parutan lobak merah

Caranya:
Untuk menyediakan ayam.
Marinatekan ayam bersama kicap cair dan kicap manis, biar seketika.
Selepas dimarinate, celupkan dalam telur kemudian toskan lelehan telur.
Salutkan pada tepung jagung, lada sulah dan serbuk stok ayam kemudian digoreng garing.  Ketepikan.
Untuk menyedikan sos:
Didihkan stok ayam, cili merah, jus lemon, gula dan 1/2 biji lemon yang dihiris.
Apabila telah mendidih, keluarkan hirisan lemon.
Masukkan sedikit bancuhan tepung jagung, kacau hingga sedikit pekat dan siap untuk dituang pada ayam yang telah digoreng tadi.
Taburkan bahan hiasan dan hidangkan panas

No comments:

Post a Comment