Sunday, 4 March 2018
Pengedil Kentang Bersumbat Kari Ayam
Bahan-bahan Pengedil:
Ubi kentang direbus bersama seulas bawang putih sehingga empuk dan lenyekkan
Lada sulah
Sebiji telur
Garam
Salutan:
Tepung secukupnya untuk salutan
Breadcrumbs secukupnya
Minyak menggoreng
Bahan-bahan inti:
Isi ayam dicincang
1 biji bawang besar, dipotong dadu
1 sudu besar butter asli
Serbuk kari ayam
Serbuk cili jika suka, tak letak pun tak apa
Garam secukupnya
Caranya:
Masukkan butter di kuali dan cairkan.
Masukkan bawang besar dan tumis sehingga wangi.
Masukkan cincang ayam dan kacau sebati.
Masukkan serbuk kari dan serbuk cili, garam dan kacau sehingga inti masak dan kering.
Angkat dan sejukkan.
Caranya:
Ubi kentang yang dilenyekkan digaul bersama lada sulah dan garam sehingga sebati.
Ambil sedikit adunan ubi kentang dan kepalkan bulat.
Buat lubang di tengah, masukkan inti dan tutupkan kemas.
Siapkan kesemua dan simpan dalam peti sejuk.
Panaskan minyak, ambil seketul pengedil celupkan pada tepung dan salutkan pada breadcrumbs.
Goreng sehingga kekuningan dan toskan minyak.
Hidangkan semasa masih panas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment