Sunday, 18 March 2018

Tauhu & Ikan Bilis Kicap Pedas




Bahan-bahan:
Tauhu, dipotong dan goreng, ketepikan.
Ikan bilis, digoreng dan ketepikan
1 labu bawang besar dihiris kasar
1 biji cili merah dihiris kasar
5 biji -10 biji cili api merah dan hijau dihiris
Kicap manis sedikit
Kicap cair sedikit
Garam sedikit
Serbuk lada putih
Minyak secukupnya

Caranya:
Masukkan minyak di kuali, goreng tauhu dan ikan bilis berasingan, angkat dan ketepikan.
Masukkan bawang besar tumis sehingga layu dan harum, angkat dan ketepikan.
Lebihan minyak dikuali keluarkan dan tinggalkan 1 sudu besar minyak dikuali untuk menumis cili.
Masukkan cili merah dan cili padi tumis sehingga cili masak, masukkan bawang besar semula, kacau sebati.
Masukkan kicap manis, kicap cair dan lada putih, kacau sebati.
Masukkan tauhu dan gaul sehingga sebati.
Rasa garam jika kurang boleh ditambahkan sedikit.
Padamkan api dan tunggu sebentar sehingga wap panas hilang, barulah dimasukkan ikan bilis, kacau sebati dan hidangkan bersama nasi putih panas.


No comments:

Post a Comment