Bahan-bahan:
Tepung gandum
Sedikit baking powder
1 sudu besar tepung beras
2 sudu besar serbuk kelapa
2 sudu besar susu pekat manis
Air gula melaka ~ dihancur bersama sedikit air dan pandan, tapiskan.
Air panas secukupnya
Minyak menggoreng secukupnya
Caranya:
Masukkan air gula melaka yang telah ditapiskan ke dalam periuk yang diisi dengan secukup air.Didihkan sehingga mendidih. Tutupkan api.
Masukkan serbuk kelapa dan susu pekat manis kacau sebati.
Masukkan tepung beras, kacau sebati.
Masukkan tepung gandum dan baking powder, kacau cepat dan sebatikan.
Sediakan minyak untuk menggoreng.
Setelah minyak panas goreng sehingga kekuningan.
Angkat dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment