Sumber resipi: Mat Gebu
Bahan-bahan:
2-4 keping tauhu pok (saiz besar)
Sengkuang secukupnya, dihiris halus memanjang
Timun secukupnya, dihiris halus memanjang
Taugeh secukupnya, buang ekor dan celur sekejap dengan air panas, toskan
Hirisan cili padi, jika suka
Kacang tanah secukupnya, digoreng tanpa minyak dan ditumbuk kasar
Bahan-bahan sos:
1 botol petis @otak udang
1 camca besar penuh sos tiram
4 camca besar cili kisar
2 camca besar kicap pekat
5-6 biji cili padi merah, ditumbuk halus
1/4 cawan jus asam jawa (asam jawa sebesar ibu jari + 1/4 cawan air panas = tapis jusnya)
3 camca besar gula melaka, hiris kecil *
1 1/2 cawan air * (*disatukan, masak hingga gula larut dan tapis)
Gula secukup rasa jika perlu
1 camca besar penuh tepung gandum + 3 camca besar air, kacau rata
Caranya:
Untuk sos:
Dalam periuk, masukkan petis, sos tiram, cili kisar dan cili padi, kicap pekat, jus asam jawa dan gula Melaka.
Kacau rata dan masak sehingga mendidih.
Rasa dan jika kurang manis, boleh dimasukkan sedikit gula pasir.
Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum (kacau sebelum dimasukkan ke dalam periuk).
Kacau dan masak dengan api kecil sehingga pekat.
Rasa dan jiak ok bolehlah dimatikan api.
Biarkan sejuk sebelum digunakan.
Untuk Tauhu:
Tauhu pok dipanggang dalam kuali atau boleh bakar atas bara api.
Balik-balikkan agar kulit tauhu pok garing sekata.
Angkat dan ketepikan.
Untuk Tauhu Bakar:
Tauhu pok dipotong kepada 6 bahagian (ikut besar mana tauhu pok yang digunakan).
Letak dalam pinggan sesuai, letak taugeh, sengkuang dan timu diatasnya.
Curahkan sos secukupnya, tabur kacang tanah tumbuk dan sedikit hirisan cili padi.
Bolehlah dihidangkan.
No comments:
Post a Comment