Bahan-bahan:
1 cawan kacang dhal rendam selama 4 jam, diblend halus*
Daun kari**
1 biji bawang besar size kecil** bertanda ** dicincang
Garam secukup rasa
Biji jintan halus disangai
1 biji telur
Minyak menggoreng secukupnya
Caranya:
Gaulkan kesemua bahan-bahan diatas didalam mangkuk yang besar.
Tak perlu dimasukkan air.
Kacau sebati.
Sediakan kuali dan masukkan minyak, tunggu sehingga minyak panas.
Jemputkan adunan dengan menggunakan 2 sudu makan, masukkan adunan ke dalam minyak panas.
Goreng sehingga kekuningan.
Angkat dan hidangkan panas bersama sos cili.
No comments:
Post a Comment