Bahan-bahan:
Mee Hoon rendam sehingga lembut, toskan.
Tauhu dipotong panjang dan goreng
Daun bawang dipotong panjang
Minyak secukupnya
Lada sulah
Garam jika perlu
Bawang putih dicincang
Halia dicincang
Bahan-bahan sos:
Sos tiram
Kicap cair
Sos ikan
Kicap manis (cap Bangun)
Lada sulah
Caranya:
Masukkan sedikit minyak, tumiskan bawang putih dan halia sehingga layu.
Masukkan mee hoon, kacau rata, masukkan bahan-bahan sos dikacau sebati.
Masukkan tauhu goreng dan air secukupnya.
Masak sehingga mee hoon lembut dan kering air. Masukkan garam jika perlu.
Sebelum di angkat, masukkan lada sulah dan daun bawang, kacau sebati.
No comments:
Post a Comment