Bahan-bahan, untuk perapan ayam, digaul sebati selama 15 ~ 30 minit: (A)
Sekeping kecil isi ayam dipotong nipis
Sedikit kicap cair yang tidak masin
Sedikit serbuk lada putih
Sedikit tepung jagung
Bahan-bahan (B):
Bawang putih dicincang
Lada Benggala Hijau dipotong kecil
Minyak menumis
Garam sedikit
Kicap cair sedikit
Air sedikit demi sedikit
Caranya:
Sediakan kuali yang panas, masukkan perapan ayam, tumis lebih kurang 30 saat. Angkat dan ketepikan.
Masukkan sedikit minyak dikuali, tumiskan bawang putih sehingga lembut.
Masukkan lada benggala dan air sedikit kacau sehingga masak. Masukkan isi ayam, kacau sebati. (Jika perlu tambah air masukkan sedikit).
Taburkan sedikit garam dan kicap di bahagian tepi. Kacau sebati.
Setelah kering dan ayam telah masak bolehlah diangkat.
Hidangkan bersama nasi putih.
No comments:
Post a Comment