Sumber resipi:rasa.my
Bahan-bahan:
5gm serbuk agar-agar
21/2 cawan air
4 sudu makan gula
200ml susu cair/susu segar
300gm buah blueberi
Untuk hiasan:
Sedikit krim putar
Sedikit buah blueberi
Sedikit daun pudina
Caranya:
Kisarkan buah blueberi bersama susu dan tapiskan.
Satukan gula dan serbuk agar-agar ke dalam periuk berisi air sehingga mendidih.
Masukkan susu cair dan buah blueberri yang telah dikisar dan ditapiskan.
Kacau rata dan tuangkan ke dalam bekas kaca kecil. Simpan di dalam peti sejuk sehingga mengeras.
Keluarkan dan hiaskan dengan sedikit krim putar, buah blueberri dan daun pudina untuk lebih menarik.
Enak dinikmati ketika sejuk.
No comments:
Post a Comment