Bahan-bahan:
Peria dihiris halus dan rendamkan dengan air garam +/- 20 minit
Minyak menumis
Garam
Sedikit air
Bahan-bahan sambal, ditumbuk:
Cili merah
Belacan
Bawang merah
Bawang putih
Caranya:
Masukkan sedikit minyak dikuali.
Tumiskan bahan-bahan sambal sehingga harum dan layu.
Masukkan peria dan kacau sebati.
Masukkan sedikit air, kacau sebati.
Masukkan garam secukup rasa, kacau sebati.
Bila peria sudah lembut, bolehlah diangkat dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment