Tuesday, 30 July 2019

Bebola Roti Telur Masin




Bahan-bahan bebola ayam, dicincang bersama:
Isi ayam
Bawang putih
Sedikit telur
Serbuk lada
Sedikit garam
Sedikit air batu

Roti tawar dipotong kecil
Minyak menggoreng

Bahan-bahan telur masin, ditumiskan:
Telur masin direbus, ambil yang kuning
Daun kari
Bawang putih dicincang
Cili padi dihiris, dicincang
Mentega
Sedikit air / susu cair

Caranya:
Masukkan isi ayam yang telah dicincang bersama bahan-bahan diatas kedalam mangkuk.
Bentukkan bebola dan salutkan dengan roti yang telah dipotong kecil.
Simpan dipeti sejuk.
Sediakan kuali dan masukkan minyak.
Goreng bebola ayam sehingga masak dengan api yang kecil.  Toskan minyak.
Telur Masin:
Masukkan sedikit mentega dikuali, tumiskan bawang putih dan cili padi.
Masukkan daun kari, kacau sebati.
Masukkan sedikit air / susu cair dan kacau sebati.
Masukkan bebola ayam dan gaul sehingga rata.
Hidangkan.


Ayam Goreng Herba





Bahan-bahan perapan ayam, diblend:
Daun kari *diblend
Daun limau purut *
Daun kunyit *
Biji ketumbar, sangai *
Sedikit cili boh
Sedikit serbuk cili kasar

Ayam
Bawang merah besar dihiris
Tepung jagung
Minyak menggoreng

Caranya:
Perapkan ayam dengan bahan-bahan yang telah diblend semalaman atau 4-5 jam.
Gaulkan ayam bersama hirisan bawang besar, masukkan tepung jagung secukupnya, gaul sebati.
Panaskan minyak.
Gorengkan ayam sehingga masak.
Angkat dan toskan minyak.
Hidangkan semasa masih panas, kalau dah sejuk tak rangup lagi.

Telur Dadar Bunga Kantan




Bahan-bahan:
Telur
Bunga kantan dihiris
Bawang besar dihiris
Cili padi dihiris
Sos ikan
Serbuk lada
Garam jika perlu
Minyak secukupnya

Caranya:
Kocokkan telur bersama sos ikan dan serbuk lada hingga sebati, kemudian masukkan bunga kantan.
Masukkan sedikit minyak di kuali, tumiskan bawang besar sehingga layu, masukkan cili padi kacau sebati.
Masukkan telur dan dadarkan sehingga telur masak dan hidangkan.

Sunday, 21 July 2019

Ayam Perap Sapi





Bahan-bahan:
Isi daging ayam dihiris
Hirisan cili padi
Hirisan halia
Hirisan bawang besar
Hirisan bawang putih
Sedikit cili boh
Sedikit kicap manis
Sedikit sos tiram
Jintan putih, sangai
Garam secukup
Minyak sapi
Sedikit air
Lobak merah dihiris

Caranya:
Perapkan isi ayam dengan kicap manis, sos tiram, cili boh dan minyak sapi selama +/- 30 minit / 1 jam.
Sangai jintan putih sebentar, masukkan 1 sdm minyak sapi kedalam kuali (jangan banyak minyak sebab ayam dah digaul dengan minyak sapi).
Tumiskan bawang besar, halia, bawang putih sehingga layu.
Masukkan isi ayam dan gaul sebati.
Masukkan sedikit air dan garam secukupnya.
Masukkan lobak merah (jangan dimasak terlalu lama lobak merah, sebab bila kita gigit masih lagi rangup),
Setelah ayam empuk dan kering bolehlah dihidangkan dengan nasi lautan kasih.
(Lebih ringkas dari ayam masak kuzi atau pun beriani ayam, bahan-bahan pasti ada di rumah dan boleh habiskan stok yang lama hahaha......)

Nasi Lautan Kasih





Bahan-bahan:
Beras basmathi, cuci dan rendamkan
Air bunga telang
Sedikit susu cair
Hirisan halia
Hirisan bawang putih
Serbuk pati ayam
Garam secukupnya
Minyak Sapi

Caranya:

Masukkan periuk beras, air bunga telang,  susu, hirisan halia, bawang putih, serbuk pati ayam, garam dan minyak sapi kedalam periuk/rice cooker.
Tanak sehingga nasi masak.
(Simple jer tapi bau harum semerbak bila sedang dimasak)

Monday, 15 July 2019

Ikan Tauco Pedas




Bahan-bahan:
Ikan tenggiri, bersihkan dan lumuri dengan garam sedikit dan serbuk kunyit
Minyak menggoreng secukupnya
Kicap cair
Kicap manis
Tauco
Sedikit cili boh
Bawang putih dihiris
Halia dihiris
Jus limau kasturi
Cili padi, diketuk dan hiris
Sedikit air

Caranya:
Panaskan kuali, goreng ikan sehingga masak, ketepikan.
Ambil 2 sdm minyak ikan, tumiskan cili boh, cili padi, bawang putih, halia dan tauco.
Setelah cili masak, masukkan kicap cair dan kicap manis, kacau sebati.
Masukkan sedikit air dan biarkan sebentar.
Masukkan ikan ke dalam sos tadi, dibalik-balikkan.
Sebelum dipadamkan api masukkan jus limau kasturi.
Rasa dulu, barulah dihidangkan.


Sunday, 14 July 2019

Sate Ponorogo






Sumber resipi: doyancooking by @dianayupuspitasari
Bahan-bahan:
1/2 kg daging ayam
3 siung bawang putih, haluskan
3 sdm kecap manis
1 sdm ketumbar bubuk

Bumbu sate:
300gm kacang tanah tanpa kulit
4 siung bawang putih goreng, haluskan
2 siung bawang merah goreng, haluskan
2 buah cabe keriting, haluskan (guna 4 tangkai, disangrai, haluskan)
3 butir kemiri, sangrai, haluskan)
2 sdm gula merah
1 sdt ketumbar bubuk
2 sdm minyak
Gula pasir
Garam

Caranya:
Bersihkan ayam.  Potong-potong dan tusuk dengan tusuk sate.
Lumuri daging ayam dengan bawang putih, kecap manis dan ketumbar bubuk.
Bakar hingga daging matang.
Sangrai kacang tanah hingga kering, haluskan sampai halus rata.
Campur semua bumbu sate di dalam panci.
Tambahkan sedikit air. Masak hingga mengental.  Koreksi rasa.
Sajikan sate ponorogo bersama pelengkap lontong, kecap manis dan bawang merah.

Sunday, 7 July 2019

Ayam Bakar Pedas Manis






Sumber resepi: via Instagram #mamimiko01
Bahan-bahan:
2 ekor ayam kampung
2 sdm minyak goreng
4 sdm kecap manis
1 litre air

Bumbu halus:
10 siung bawang merah
5 siung bawang putih
5 cabe merah besar
segenggam cabe rawit merah
3 lembar daun jeruk
2 sdt garam

Caranya:
Tumis bumbu halus dengan 2 sdm minyak goreng.
Tuang air, biarkan mendidih lau masukkan ayam, garam dan daun jeruk.
Ungkep ayam dengan api kecil sampai ayam lunak dan air hampir mengering.
Am,bil sisa bumbu tambahkan 1 sdm kecap manis.
Oleshkan di ayam lalu bakar sambil dibolak balik dan diolesi bumbu.

Cucur Daun Kari







Bahan-bahan:-
Tepung gandum
Daun kari dihiris kalau daunnya lebar
Cili merah dihiris
Bawang besar dihiris
Lobak merah dihiris/parut
Kiub ikan bilis
Serbuk kunyit
Garam
Air suam
Minyak menggoreng

Caranya:
Masukkan air dalam periuk dan didihkan.
Setelah mendidih, angkat dari api, masukkan daun kari, bawang besar, cili, lobak merah, kiub ikan bilis, serbuk kunyit dan garam secukupnya, kacau sebati.
Masukkan tepung gandum bila air telah suam, kacau sebati.
Sediakan minyak di kuali.
Setelah panas, ambil adunan dengan menggunakan sudu makan, dan goreng sehingga kekuningan.
Toskan minyak sebelum dihidangkan.