Sunday, 9 September 2012

Kuih Bom

Resipi: Malia lajat@myresipi.com

Bahan-bahan (+- adunan 35 biji):
Inti Kelapa Manis:
1/2 biji kelapa putih
10 sudu gula merah/gula perang
7 sudu gula pasir
1 helai daun pandan
1/2 cawan air
1 sudu makan tepung gandum (untuk melekat inti supaya tak berderai)

Adunan bahan kulit:
3 cawan tepung pulut jenama Erawan
1 cawan tepung beras
1 1/2 cawan air gula (suam) (Kim masukkan 3 sudu besar gula dikacau hingga larut)
Bijan putih secukupnya

Caranya:
Untuk membuat inti:
Masukkan setengah cawan air kedalam kuali bersama gula merah, daun pandan.  Apabila air gula merah sudah mendidih, masukkan kelapa dan gula pasir biarkan mendidih sampai air agak-agak kering.
Masukkan 1 sudu makan tepung gandum dan kacau hingga betul-betul kering dan tidak berair.
Kemudian sejukkan inti dan apabila inti sudah sejuk, cedok dengan sudu kecil, kepal-kepal/bulat-bulat inti itu, asingkan inti yang sudah dibulatkan itu.
Apabila inti sudah siap, buat pula adunan tepung untuk bahan kulit.
Untuk membuat bahan kulit:
Campur tepung beras dan tepung pulut, gaul-gaul dengan tangan kering untuk sebatikan tepung.
Kemudian tuang air gula sikit-sikit sambil tu uli hingga adunan sedikit keras.
Sapu di tapak tangan sedikit minyak, kemudian ambil adunan tepung sebesar bola golf, kepal-kepal/bulat-bulat, kemudian tekan dihujung-hujung hingga leper dan nipiskan sedikit.
Masukkan inti yang sudah dibulatkan kemudian cantumkan adunan leper tadi hujung ke hujung, bulatkan semula.
Di dalam bekas lain sediakan bijan dan golek-golek adunan yang sudah dibulatkan tadi.  Kemudian layang-layangkan diantara dua tapak tangan supaya bijan yang tidak melekat akan keluar dengan sendirinya.
Goreng kuih bom dengan api sederhana pada 5 minit permulaan kemudian baru besarkan api sambil kacau digolek-golek dalam kuali.
Agak-agak kekuningan bolehlah diangkat dan toskan minyaknya.
Boleh dijamu dalam keadaan kuih yang masih panas dan kuih bom masih lembut dan garing walaupun sudah sejuk.


 

Saturday, 8 September 2012

Karipap Pusing / Karipap Putar / Karipap Lapis












Resipi: Alex Goh / Sumber : Mat Gebu


Bahan-bahan Pastry (A):
260g tepung gandum
50g margerine
20g gula halus (Kim tak bubuh)
1/4 camca teh garam
140ml air (kurang lebih, jangan masukkan sekali gus)

Bahan-bahan Pastry (B):
180g tepung gandum
80g lemak sayur (shortening)

Caranya:
Satukan semua bahan-bahan "A" kecuali air, gaul rata dan tambah air sedikit demi sedikit sambil terus diadun hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan.  Ketepikan (Jangan risau jika air tidak habis digunakan).
Satukan pula bahan "B" dan adun hingga menjadi doh.
Rehatkan doh "A" dan "B" selama 20 minit.
Kemudian bagi dua setiap doh, biar sama besar.  Bulat-bulatkan.
Ambil 1 bahagian doh "A", leperkan sedikit, letak diatasnya doh "B", kemudian balut hingga menutupi doh "B" tadi.  Buat kaedah yang sama untuk 1 bahagian doh lagi.
Ambil satu bahagian doh, canai membentuk 4 segi, buat lipatan dua, kemudian canai lagi dari arah depan hingga ke hujung, canai juga bahagian tepinya, hinnga mendapat ketebalan lebih kurang 2mm.  Gulung doh tadi dari depan hingga ke hujung seperti swiss roll.
Rapikan gulungan tadi dan potong kepada 8 bahagian.  Buat kaedah sama untuk bahagian doh yang satu lagi.  Ambil 1 potongan, leperkan sedikit dan canai lebih kurang 3mm.  Isikan inti pada bahagian atas yang dicanai (jangan terbalikkan selepas mencanai) dan kelim seperti membuat karipap biasa.
Buat hingga siap.
Goreng hingga kuning keemasan, gunakan api sederhana sahaja.  Jangan goreng banyak serentak, masukkan dalam 2-3 sekali goreng, berhati-hati semasa membalikkan karipap.
Angkat dan toskan minyaknya, letak atas paper towel dan biar minyak terserap.  Bolehlah dihidangkan. 

(Kalau ingin melihat gambar step-by-step bolehlah merujuk di dapur Mat Gebu dan Ika. Karipap ini kejadian agak besar dan boleh makan 1 saja, kalau lebih terasa muak, walau bagaimanapun resipi ini rangup dan sedap).

Karipap Pusing : Lynn MyR
Sumber: Arah - Kurniaanmu (Ijayuji)

Doh berminyak
150g (Margerin + Shortening atau apa jenis minyak sayur) - lebihkan shortening daripada penggunaan margerin
300g tepung gandum

Doh biasa
700g tepung gandum
1 sudu teh garam
Air (anggaran dalam 2 cawan, kalau doh lembik tambah sikit tepung)
Sedikit Margerin yang dipanaskan 

Caranya:
Step 1:
Margerin + Shortening diuli dengan 300g tepung gandum.  Uli hingga doh licin dan tidak melekat.
Uli doh sampai seolah-olah berminyak.  Kalau penat nak uli yang doh besar uli yang kecik-kecil lagi cepat.  Kalau tak uli dengan betul nanti doh seolah-olah pecah tu bila goreng nanti doh karipap menjadi macam berderai.  Jadikan kepada 8 doh.
Step 2:
700g tepung gandum + air + air garam.  Uli hingga licin juga ikut seperti step 1 dan bahagikan kepada 8 doh
Step 3:
Ambil doh biasa canaikan sedikit jangan besar sangat dan letakkan doh berminyak diatasnya dan balut semula menjadi doh yang besar.
Step 4:
Ambil doh yang telah dijadikan satu tersebut dan canai hingga nipis saiz seperti saiz roti canai.  Belah tengah dan ambil satu bahagian kemudian gulung seperti menggulung tikar. (Memandangkan saya tak boleh nak upload gambar step seterusnya sila ke link di sini untuk penerangan gambar yang lebih jelas http://wanitaniaga.com/resepi/?ca=4).
Step 5:
Setelah itu, anda akan mendapat 2 doh golongan tikar.  Ambil satu doh gulungan tikar dan canai lagi kedalam keadaan melonjong hingga nipis dan berhati-hati semasa mencanai ini.
Biarkan bentuknya lonjong (boleh ke blog kurniaanmu untuk gambar) kemudian gulung semula seperti gulungan tikar dan ikut langkah seterusnya.  (Proses menggulung adalah sebanyak 2 kali di sini).
Step 6:
Doh yang telah di gulung kali kedua kemudian di potong kepada 4 bahagian. Terpulang kepada masing-masing hendak potong berapa bahagian, bergantung kepada saiz doh yang telah di gulung.
Setelah doh dipotong, canaikan semula (seperti cara membuat karipap biasa) dan letakkan inti karipap di atas permukaan doh yang dicanaikan tadi, kemudian kelim seperti biasa.
Dah siap dan nampakjalur gemilang karipap tu, boleh disimpan di dalam peti sejuk selama seminggu.



(Karipap ini bila makan tak terasa muak, sedap dan rangup.  Pastikan tidak menguli terlalu lama dan uli dengan lembut, supaya adunan tidak liat)     
Gambar copy paste step-by-step Kim ambil dari Arah Kurniaanmu, halalkan ya



Saturday, 25 August 2012

Enoki Goreng Berempah

Bahan-bahan:
Enoki, bersihkan, potong bahagian hujung, leraikan satu persatu dan lapkan sehingga kering
Garam jika perlu
Minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan salutan disatukan semua dan masukkan air sedikit demi sedikit, jangan terlalu cair:
1/2 cawan tepung kacang kuda
2 sudu besar tepung beras
Daun kari dihiris halus
1/2 paket perencah tom yam seri aji
1 sudu makan serbuk kari ikan
Air sejuk secukupnya

Caranya:
Panaskan minyak di kuali, celupkan enoki pada bahan salutan, kemudian masukkan pada minyak yang telah panas.
Goreng sehingga kekuningan, angkat dan toskan minyak.
Sedap dimakan sebagai kudapan.

Chocolate Cupcakes


Source: Evelyn Gemima - My Baking Workshop





Ingredients (A):
170g Flour
1/2 tsp soda bicarbonate
1 tsp baking powder
57g high quality cocoa powder ( Kim used black cocoa powder about 12g )
A pinch of salt

Ingredients (B):
230ml corn oil
100ml water
1/2 cup castor sugar ( Kim didn't reduced )
2 tsp instant coffee powder (optional) ( Kim also omitted )
1 tsp vanilla
2 eggs ( Kim used grade A )
230ml condensed milk ( Kim used about 140ml, stock not enough )

Frosting:
250g whipping cream
1 tsp vanilla
Chocolate rice for garnish
( Kim omitted frosting )

Method for cupcakes:
Sift together ingredients A into an electric mixer bowl.
In another bowl, mix together ingredients B.
On a low speed, gradually add in B ingredients into A and mix until well blended for 2 minutes ( DO NOT OVER BEAT ).
Bake into pre-heated oven at 160C for 15-25 minutes or until cooked.
Cool completely in wire rack and pipe the cupcakes with vanilla fresh cream frosting, sprinkle some chocolate rice on top.

Method for frosting:
In an electric mixer, beat whip cream.  Then add in vanilla, beat until soft peaks.  Ready to use.



 

Wednesday, 22 August 2012

Popia Simpul


Bahan-bahan:
Kulit popia secukupnya
Minyak untuk menggoreng secukupnya
Serunding ( beli jer senang tak payah nak berdiri lama di dapur )

Caranya:
Mula-mula lipatkan kulit popia kepada 2 bahagian.  Kemudian ambil satu bahagian dan guntingkan lagi kepada tiga bahagian.
Dengan menggunakan 2 sudu bubuh inti di tengah dan rollkan sehingga dibahagian hujung, simpulkan kedua-dua bahagian dan letak di bekas sebelum digoreng sehingga kekuningan.  Angkat dan toskan.
Simpan dibekas kedap udara.




Kuih Siput Kak Besah

 Resipi: kakbesah@myresipi.com
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
2 sudu makan serbuk kari daging ( Kim terlupa nak letak )
1/3 cawan marjerin / butter
2/3 cawan santan
5 ulas bawang putih
1 sudu makan udang kering
1 paket paste tomyam adabi
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula ( Kim tak bubuh )
Beberapa tangkai daun kari
Minyak untuk menggoreng terendam

Caranya:
Gaul rata tepung dan serbuk kari.
Kisarkan santan, bawang putih, tomyam paste, udang kering, garam dan gula sehingga hancur.
Ramas dengan hujung jari margerin dan tepung, bila dan rata campurkan bahan-bahan yang dikisar tadi.  Uli sehingga menjadai satu doh yang kental (macam doh roti canai tu....)
Gentel bulat-bulat kecil-kecil doh, lepas itu lenyek atas acuan kuih siput sehingga menjadi seakan-akan kulit siput.
Panaskan minyak, gorenglah kuih siput dengan api sederhana, jangan kuat sangat supaya masak dalamnya dan rangup, sebab ia agak tebal.
Bila dan 5 minit menggoreng, masukkan setangkai daun kari yang telah dilurut daunnya, bila sudah garing dan masak, angkat dan toskan.
Bila sudah betul-betul sejuk, bolehlah simpan didalam bekas kedap udara.

Tuesday, 21 August 2012

Kuih Kasturi / Kuih Rengas / Kuih Kacang Hijau


 Resipi: Hasue

Bahan-bahan:  
1 cawan kacang hijau - dibersihkan dan rendamkan semalaman
3/4 cawan gula pasir ( Kalau nak manis bolehlah bubuh 1 cawan gula )
1 sudu kecil garam
Air secukupnya untuk merebus kacang hijau

Caranya:
Kacang hijau dicuci dan ditoskan seketika, rebus dengan lebih kurang 7-8 cawan air sehingga empuk.
Apabila air rebusan hampir kering, tambahkan sedikit air supaya kacang lebih lembut dan tunggu sehingga benar-benar kering (Hendaklah dikacau selalu apabila hampir kering untuk menggelakkan berkerak atau hangus.
Setelah benar-benar kering barulah dimasukkan gula dan garam tadi.  Inti akan mencair kembali kerana gula yang cair itu.  Biarkan renih dan kering lagi sekali....kacau sekali sekala dan pastikan mengguna api sederhana.
Apabila sudah mula kering, perlahankan api dan kacau sentiasa.
Untuk memastikan inti kacang hijau sudah masak, kacang yang dimasak tadi tidak lagi mengeluarkan wap dari inti atau tiada renihan lagi walaupun api masih terpasang.....senyap macam kita menanak nasi dan tiada bungi seperti kata Hasue plup-plup, tandanya inti kacang hijau sudah masak.
Padamkan api dan sejukkan inti kacang hijau sepenuhnya sebelum dibentuk.

Bahan-bahan membuat adunan tepung / batter:
1/2 cawan tepung gandum
1/3 sudu makan marjerin
1 sudu kecil garam
Secubit gula
1/2 cawan air
Sedikit pewarna kuning

Minyak secukupnya untuk menggoreng lebih kurang 2 cawan

Caranya:
Dalam bekas, campurkan tepung, margerin, garam dan gula.  Masukkan air dan kacau menggunakan hand whisk supaya adunan cepat sebati.  Tambahkan sedikit pewarna kuning.
Panaskan minyak dalam kuali, celupkan inti yang sudah dibentuk tadi ke dalam adunan tepung dan goreng sehingga keemasan.

Cara Kim membuat batter:
1/2 cawan tepung gandum
1-1/2 sudu makan tepung kentang
1/3 sudu makan marjerin
Garam sedikit
Serbuk kunyit sedikit
Air secukupnya

Dalam bekas, masukkan kedua-dua tepung, serbuk kunyit, garam dan masukkan marjerin dan gaul ramaskan seperti serbuk roti.
Masukkan air secukupnya dan kacau sehingga sebati.
Panaskan minyak, celupkan batter dengan inti kacang hijau dan goreng sehingga kuning keemasan.