Sunday, 18 November 2012

Kek Pisang (Resipi II)






Resipi: RosJintanManis

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh bikarbonat soda ( Lain kali Kim hendak guna 1/2 sudu teh saja )
1 cawan gula halus ( Kim guna kurang sedikit / tidak penuh 1 cawan )
3 biji pisang yang telah dilenyek ( Kim guna 5 biji pisang emas yang sedikit kecik )
1/2 cawan minyak masak ( Kim guna Minyak Jagung )
Esen vanila beberapa titik
2 biji telur ( Kim guna telur saiz C )


Caranya:
Ayak tepung gandum, soda bikarbonate dan baking powder, gliss acuan kek dan panaskan oven ke 180C.

Kemudian putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila dan pisang, putar lagi dan kemudian masukkan tepung.

Akhir sekali baru dimasukkan minyak masak dan kacau sebati, selepas itu masukkan dalam acuan kek dan bakar pada suhu 180C selama 40 minit dan satu jam. ( Kim bakar dalam 30 minit saja ).

Setelah siap dibakar, keluarkan dari acuan dan sejukkan atas redai, sedia untuk dihidangkan. 

(Nota: Kena kurangkan soda bikarbonat kerana 1 sudu teh terasa sodanya, pada pendapat Kim resipi I lebih sedap dari yang ini.  Walaupun lembut tetapi terasa sodanya. walau bagaimana pun resipi ini mudah dibuat, maksud Kim tidak leceh sangat dan semerbak baunya.  )

Muffin Pisang Inti Coklat



Resipi: RosJintanManis / Source: Izah

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 1/3 cawan gula ( Kim jugak guna 1/2 cawan gula )
2 biji pisang yang ranum ( Kim jugak guna 200gm )
1/2 cawan minyak masak ( Kim guna Minyak Jagung )
2 biji telur ( Kim guna gred C )
1/3 cawan susu segar
1 sudu teh soda bikarbonate ( Lain kali Kim nak letak 1/2 sudu teh saja )
1 1/2 sudu teh baking powder
Beberapa titik esen vanila
Beberapa ketul coklat dairy milk ( Kim jugak guna coklat chips )

Caranya:
Hancurkan pisang dengan menggunakan gelas dan letakkan 1/2 sudu teh garam.

Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat, kemudian pukul telur hingga berbuih baru dimasukkan gula, pukul lagi hingga kembang.

Selepas itu, masukkan pisang dan kacau sebati, kemudian masukkan minyak dan tepung sedikit demi sedikit, titikkan beberapa esen vanila, akhir sekali masukkan susu segar, masa ini jangan guna mixer ye, guna spatula atau senduk kayu je.

Cedokkan adunan tadi didalam papercup muffin (isikan 3/4 adunan kepaper cup) dan letakkan coklat di tengahnya, bakar pada suhu 170C selama 18 ke 25 minit.

Sejukkan atas redai dan tabur sedikit dengan sugar powder.  Sedia untuk dihidangkan

Friday, 26 October 2012

Kentang Berempah







Bahan-bahan:
3 biji ubi kentang di potong baji
Garam sedikit
Daun kari
Serbuk kari ayam
Bawang besar - dihiris (jika suka tak letak pun tak apa)
Kacang pea hijua (jika suka tak letak pun tak apa
Jintan kasar
Air sedikit
Minyak 

Bahan-bahan tumbuk:
4 ulas Bawang merah
3 ulas Bawang putih

Caranya:
Basuh ubi kentang dan toskan kering, gaul dengan sedikit serbuk kari, kemudian digoreng bersama jintan kasar sehingga masak.  Angkat dan ketepikan.
Ambil sedikit minyak dari minyak diatas tadi. tumiskan bahan-bahan rempah tumbuk sehingga garing, masukkan daun kari, bawang besar, serbuk kari ayam dan garam.  Tumiskan sehingga sebati, masukkan air sedikit dan kacau lagi.
Masukkan ubi kentang dan kacang pea hijau, masak sehingga kering dan angkat.

Ayam Goreng Berempah - Resipi Dari Saji Nov '12


Bahan-bahan:
1 ekor ayam - potong 12
5 ulas bawang merah - tumbuk
3 ulas bawang putih - tumbuk
2cm halia - tumbuk
2 tangkai daun kari
1/2 paket rempah kari ayam dan daging
Sedikit tepung gandum 
Minyak untuk menggoreng
Sedikit garam
Serbuk cili - jika suka ( Kim tambah sebab tak pedas )

Caranya:
Gaulkan ayam bersama bahan tumbuk, rempah kari dan tepung gandum.
Perap ayam tersebut untuk beberapa minit sebelum digoreng.
Goreng ayam sehingga kekuningan.

Cubalah! tak mengecewakan walaupun tidak menggunakan banyak bahan rempah.
Kim cuma perapkan bahan-bahan tumbuk bersama serbuk kari dan cili. 
Sebelum nak digorengkan Kim gaulkan dengan tepung gandum.

Tart Nenas II - Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha


Source: Yatie


Bahan-bahan:
250g butter
2 sudu besar gula halus
2 sudu besar minyak sapi ( Kim guna butter je )
1 biji kuning telur
1 sudu besar tepung kastard **
1/2 cawan tepung jagung **
Secubit garam
3 1/4 cawan tepung gandum ** - untuk membuat tart gulung 

Untuk Tart Bunga:
3 3/4 cawan tepung gandum
Kalau nak buat tart bunga kena tambahkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh dicanai dan tidak terlalu lembik.  Jangan terlalu banyak nanti keras pulak.

Inti: Jem nenas secukupnya - digentel bulat2 (kecil sikit dari guli).  Kalau beli yang ready made setelah keluar dari peti sejuk, biarkan jem di luar sehingga menjadi lembut. Setelah lembut gaulkan bersama butter sikit saja ya. Kemudian barulah digentelkan.

Hiasan:
1 biji kuning telur
1 titik pewarna kuning
1 sudu kecil air
Bancuh ketiga-tiga bahan ini hingga sebati

Caranya:
Ayak ketiga-tiga tepung yang bertanda **.
Pukul butter dengan gula hingga putih/creamy.
Masukkan minyak sapi ( Kim masukkan butter ), kuning telur dan garam.
Pukul lagi sehingga sebati.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati hingga menjadi doh.
Jangan menggaul terlalu lama kerna akan membuat biskut menjadi keras.
Perapkan sebentar (arahan tuan resipi asal ya..) supaya doh mesra.
Untuk membuat tart gulung buatlah macam biasa.
Start picit doh pada acuan, letakkan inti yang digentel bujur, gulungkan, buang lebihan doh, kemaskan bahagian bawah tart, letak atas tray pembakar dan sapu kuning telur.
Bakar pada suhu 150C lebih kurang 25-30 minit, api atas bawah, suhu bergantung kepadan oven memasing.


  


Saturday, 20 October 2012

Cucur Udang Mayonnaise














Hujan tak berhenti dari semalam, perut pun dah mula keroncong, apa lagi kuih yang paling senang dan ringkas ialah cucur tak kiralah cucur apa.......sedap dimakan semasa masih panas-panas dengan secawan kopi / teh / nescafe. Jemput makan !!

Bahan-bahan:
Tepung gandum
Mayonnaise
Garam + kiub ikan bilis
Udang di cincang kasar
Serbuk lada sulah
Bawang putih - ditumbuk kasar
Halia - ditumbuk kasar
Air suam secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan optional, ikut pilihan tak letak pun tak apa
Carrot merah diparut
Daun Bawang / Daun Kuchai
Taugeh

Caranya:
Masukkan mayonnaise di dalam bekas, pukul sehingga sebati, masukkan garam+kiub ikan bilis dan kacau lagi sehingga sebati.
Masukkan tepung, udang, bawang putih, halia dan serbuk lada sulah, Kacau sebati.
Tuangkan air suam pada adunan dan kacau sehingga rata. Jangan kacau terlalu lama dan kacau mengikut ikut jam, jikalau bermula dengan putaran ikut jam.  Ketepikan. Tujuannya supaya adunan tidak liat.
Panaskan minyak dikuali, masukkan sesudu adunan kedalam minyak panas dan goreng sehingga kekuningan, angkat dan toskan.

  

Sunday, 14 October 2012

Siew Pak Choy Tumis Sos Tiram


Bahan-bahan:
Siew Pak Choy dibersihkan dan toskan
Bawang putih panggang di tumbuk kasar
Minyak untuk menumis
Sos Tiram
Garam jika perlu

Caranya:
Masukkan sedikit minyak dikuali, tumiskan bawang putih hingga wangi.
Masukkan Siew Pak Choy dan kacau rata.
Masukkan sos tiram dan kacau lagi sehingga sayur layu.
Angkat dan hidangkan panas-panas.