Source: Yatie
Bahan-bahan:
250g butter
2 sudu besar gula halus
2 sudu besar minyak sapi ( Kim guna butter je )
1 biji kuning telur
1 sudu besar tepung kastard **
1/2 cawan tepung jagung **
Secubit garam
3 1/4 cawan tepung gandum ** - untuk membuat tart gulung
Untuk Tart Bunga:
3 3/4 cawan tepung gandum
Kalau nak buat tart bunga kena tambahkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh dicanai dan tidak terlalu lembik. Jangan terlalu banyak nanti keras pulak.
Inti: Jem nenas secukupnya - digentel bulat2 (kecil sikit dari guli). Kalau beli yang ready made setelah keluar dari peti sejuk, biarkan jem di luar sehingga menjadi lembut. Setelah lembut gaulkan bersama butter sikit saja ya. Kemudian barulah digentelkan.
Hiasan:
1 biji kuning telur
1 titik pewarna kuning
1 sudu kecil air
Bancuh ketiga-tiga bahan ini hingga sebati
Caranya:
Ayak ketiga-tiga tepung yang bertanda **.
Pukul butter dengan gula hingga putih/creamy.
Masukkan minyak sapi ( Kim masukkan butter ), kuning telur dan garam.
Pukul lagi sehingga sebati.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati hingga menjadi doh.
Jangan menggaul terlalu lama kerna akan membuat biskut menjadi keras.
Perapkan sebentar (arahan tuan resipi asal ya..) supaya doh mesra.
Untuk membuat tart gulung buatlah macam biasa.
Start picit doh pada acuan, letakkan inti yang digentel bujur, gulungkan, buang lebihan doh, kemaskan bahagian bawah tart, letak atas tray pembakar dan sapu kuning telur.
Bakar pada suhu 150C lebih kurang 25-30 minit, api atas bawah, suhu bergantung kepadan oven memasing.
No comments:
Post a Comment