Sunday 14 October 2012

Ikan Kembung Harum Thai






Resipi: Try Masak / Source: Ummi
Resipi asal menggunakan ayam, Kim gantikan ikan dan ada membuat sedikit perubahan pada bahan kerana tiada stok bahan..








Bahan-bahan:
Ikan Kembung dibersihkan, sapukan serbuk kunyit dan garam, goreng sehingga masak dan ketepikan
2-3 batang serai - dititik
4-6 helai daun limau purut 
1 biji cili merah dipotong serong
Sedikit gula
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Air sedikit

Bahan-bahan ditumbuk kasar: (Bahan A)
1 biji bawang besar ( Kim guna 3 biji bawang merah kecil )
4 ulas bawang putih 
1 inci halia

Bahan-bahan dicampurkan, jadikan sos: (Bahan B)
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar pes tom yam
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar kicap manis
1 biji limau nipis - diambil jusnya

Caranya:
Gaulkan ikan dengan serbuk kunyit dan garam, goreng sehingga masak dan angkat, ketepikan.
Tumiskan bahan A sampai wangi.
Masukkan bahan B dan kacau rata dan naik bau wangi, masukkan sedikit air.
Masukkan serai dan daun limau purut.
Masak dengan api sederhana dan gaul sekata.
Masukkan cili merah dan kacau rata, tutup api.
Letakkan diatas ikan yang telah digoreng tadi.
Hidangkan dengan nasi hangat.

No comments:

Post a Comment