Bahan-bahan kulit:
Keledek oren - dikupas kulit dan kukus sehingga lembut, lenyekkan dan ketepikan
Udang kecil/besar
Tepung gandum sedikit
Minyak untuk menggoreng terendam
Bahan-bahan inti diblend kasar/halus:
Serai
Cili kering
Bawang merah
Bawang putih
Kunyit hidup
Udang kering - direndam sebentar dan sangai
Garam
Sedikit gula
Kelapa yang putih
Caranya:
Lenyekkan keledek semasa masih panas dan masukkan tepung gandum sedikit sehingga boleh menjadi doh yang lembut. (Jangan masukkan terlalu banyak tepung gandum ini akan menjadikan kuih keras).
Gaul rata tepung dan gulungkan memanjang dan potongkan lalu dibulat-bulatkan, ketepikan.
Untuk memasak inti:
Panaskan sedikit minyak dikuali dan tumiskan bahan-bahan rempah sehingga wangi dan garing.
Masukkan garam, gula dan kelapa lalu dikacau sehingga hampir kering, masukkan sedikit air panas dan masak lagi sehingga kering dan angkat.
Angkat dan sejukkan.
Masukkan inti pada doh yang dileperkan kemudian ditutup padat.
Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan dan angkat, toskan minyak.
No comments:
Post a Comment