Saturday 13 October 2012

Ayam Ungkep Kicap

Resipi: Noor Joha Ahmad

Resipi ini boleh menggunakan seperti berikut:
Campuran hati, pedal dan leher ayam sahaja.
Paru hati dan limpa
Daging
Ayam
Ia perlu dimasak sehingga kering dan tidak menggunakan santan atau pun kerisik.  Penyediaannya seperti memasak rendang.
Bahan-bahan:
Pilihan diatas tadi dan kita menyediakan sebanyak sekilogram (iku pilihan)
5 helai daun limau purut
3 batang serai diketuk
1/2 cawan kicap manis
1/2 cawan air asam jawa

Bahan-bahan Kisar sehingga lumat:
Cili juga boleh buat pilihan sama ada cili kering/cili merah/cili padi.  Ikut kesesuaian, kalau cili merah cukup 6 tangkai, kalau cili padi biarlah 31 tangkai, kalau cili kering 25 tangkai.
1 sudu besar ketumbar sangai sehingga naik bau
1 sudu besar jintan manis biji, sangai sehingga naik bau
2 labu bawang merah
5 ulas bawang putih
6cm halia

Caranya:
Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga pecah minyak
Masukkan bahan pilihan.
Masukkan serai, daun limau purut, kicap dan air asam jawa.
Masukkan garam dan gula secukupnya
Biarkan ia mendidih dan bahan pilihan kita tadi empuk.
Kita boleh tambah air untuk mengempukkan limpa, daging, hati, ayam, pedal dan paru.
Tapi kena hati-hati apabila bubuh air, jangan sekali gus, kerana kita takut bahan dah empuk, tapi kuah masih tak kering.
Jenuh pulak kita nak keringkan kuah dan bahan-bahn lain dah naik hancur,
Masakan ini kalau dah jadi, ia selalu akan berwarna lebih gelap. 

No comments:

Post a Comment