Saturday, 24 November 2012

Agar-Agar Sirap Penyejuk Tekak DiKala Hari Panas














Bahan-bahan:
10g serbuk agar-agar
1000ml air dicampurkan dengan sirap
100g gula batu
Sedikit gula pasir jika kurang manis

Caranya:
Masukkan air dan gula kedalam periuk masak sehingga gula hancur.
Masukkan serbuk agar-agar.
Masak sehingga mendidih, angkat dan tuangkan pada loyang yang dibasahkan.


Brokoli dan Cendawan Straw


Bahan-bahan:
Brokoli dibersihkan dan celur sehingga masak, ketepikan
Cendawan straw dibelah dua dicelur sehingga mendidih, ketepikan
Bawang putih dibelah dua
Sos tiram
Sedikit garam
Minyak untuk menumis

Caranya:
Panaskan sedikit minyak dikuali, tumiskan bawang putih sehingga kekuningan, masukkan sos tiram dan kacau sebentar.
Masukkan brokoli dan cendawan straw yang sudah dicelur tadi, kacau sehingga rata.
Kacau sebentar saja dan bolehlah diangkat dan hidangkan.


Rempeyek / Tempeyek Kacang Tanah


Source: cooking with love
Bahan-bahan:
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung ubi
2 sudu makan telur yang dipukul sedikit
3 helai daun limau purut dihiris halus
250ml air atau lebih ( Masukkan air sehingga menjadi tipis tetapi AWAS jangan terlalu tipis )
1 cawan kacang tanah dijemur dan sangai

Bahan-bahan ditumbuk halus:
3 biji bawang putih
1 helai daun limau purut
1/4 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 inci jari kunyit ( optional )
4 biji buah keras
Garam secukupnya dan Kim masukkan kiub ikan bilis  

Caranya:
Campur semua bahan kecuali kacang tanah, kacau sehingga halus dan tidak bergentel.
Ambil sebahagian adunan, bubuh di mangkuk yang lebih kecil lalu diberi sebahagian dari kacang tanah.
Masak dengan cara menyendukkan adunan dan menuangkan pada tepi kuali / boleh juga menggunakn acuan, Kim tidak menggunakan acuan Kim menggunakan sudip yang dipanaskan pada minyak di kuali.
Siram-siram dengan minyaknya sehingga lurut.
Goreng sehingga masak kekuningan.Ulangi dengan cara yang sama sehingga habis.




Rendang Ayam Minang Pak Engku


Source: Jun

Bahan-bahan:
1 ekor Ayam Kampung / Ayam Bandar dipotong 8
2 batang serai dititik
Rempah tumis 4 sekawan ( kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang & buah pelaga )
1 biji kelapa dijadikan santan
2 sudu makan kerisik
Daun kunyit dimayang
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam dan gula secukupnya 
Minyak untuk menumis

Bahan-bahan kisar:
5 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
30 biji cili api ( Kim guna cili kering jer )
2 inci halia
2 batang serai
1 inci lengkuas
1 sudu teh jintan manis ( kisar / serbuk )
1 sudu makan lada hitam ( kisar / serbuk )

Caranya:
Tumis rempah 4 sekawan hingga naik bau, masukkan bahan kisar dan serai yang dititik dan masak sehingga kekuningan.  Bila sudah kekuningan masukkan jintan manis, lada hitam dan serbuk kunyit, kacau rata.
Setelah kuah sedikit kering, masukkan santan, ayam dan kerisik.  Bila ayam sudah masak masukkan garam dan gula seenak rasa dan daun kunyit.
Tunggu sehingga kuah pekat barulah sedia untuk dihidang.


Kek Coklat Lembab ( 2 Cara )


 Resipi: Chef Zubaidah / Source: e-na lovely kitchen / Ummi Zawiyah

Bahan-bahan:
Loyang 20cm

2 biji telur ( +/- 130g ) ( Kim guna 3 biji telur saiz C )
90g serbuk koko  ( Kim guna serbuk koko hitam )
200g sus pekat manis
200ml susu cair / fresh milk
100g gula halus

200ml minyak jagung / minyak masak
240g tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonate
1 sudu teh esen vanila ( optional ) 
200ml air panas

Caranya:
Sapukan sedikit margerin pada loyang, alas loyang dengan baking sheet.  Ketepikan.
( Kim sapukan margerin pada loyang kemudian ditaburkan tepung pada permukaan loyang ).
Ayak tepung gandum bersama baking powder, soda bikarbonate dan serbuk koko, ketepikan.
Pukul telur dan gula dengan menggunakan whisker sehingga hancur.
Masukkan esen vanila, fresh milk, susu pekat manis dan minyak.  Kacau sebati.
Kemudian masukkan tepung yang telah diayak tadi sambil dikacau sehingga sebati.
Akhir sekali masukkan air panas dan kacau rata.
Bakar dengan suhu 160C selama 60 minit atau sehingga kek masak.
Sejukkan kek di atas redai.
Siram dengan coklat ganache.  Boleh dihias mengikut citarasa anda.

Topping Coklat Ganache - source: Nadz
Bahan-bahan:
200g coklat masakan ( boleh mengguna coklat Meiji )
150ml whipping cream
1 sudu besar butter

Caranya:
Panaskan whipping cream secara double boiler dengan api sederhana.
Bila hampir mendidih tutup api dan masukkan coklat masakan yang telah dipotong kecil.
Kacau sehingga cair sepenuhnya.
Masukkan butter dan kacau sebati.
Tuang ke atas kek dan boleh dihias mengikut citarasa sendiri.

Kim tidak meletak topping sebelum sejuk anakbuah dah mintak dipotong.  Kek ini sungguh lembab dan boleh jugak dikukus dengan cara dan bahan yang sama.  Tak rugi mencuba, cubalah pasti akan membuat lagi dan satu hiris tak cukup.  Terima kasih kepada empunya resipi kerna sudi berkongsi. 

Sunday, 18 November 2012

Kek Pisang (Resipi II)






Resipi: RosJintanManis

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh bikarbonat soda ( Lain kali Kim hendak guna 1/2 sudu teh saja )
1 cawan gula halus ( Kim guna kurang sedikit / tidak penuh 1 cawan )
3 biji pisang yang telah dilenyek ( Kim guna 5 biji pisang emas yang sedikit kecik )
1/2 cawan minyak masak ( Kim guna Minyak Jagung )
Esen vanila beberapa titik
2 biji telur ( Kim guna telur saiz C )


Caranya:
Ayak tepung gandum, soda bikarbonate dan baking powder, gliss acuan kek dan panaskan oven ke 180C.

Kemudian putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila dan pisang, putar lagi dan kemudian masukkan tepung.

Akhir sekali baru dimasukkan minyak masak dan kacau sebati, selepas itu masukkan dalam acuan kek dan bakar pada suhu 180C selama 40 minit dan satu jam. ( Kim bakar dalam 30 minit saja ).

Setelah siap dibakar, keluarkan dari acuan dan sejukkan atas redai, sedia untuk dihidangkan. 

(Nota: Kena kurangkan soda bikarbonat kerana 1 sudu teh terasa sodanya, pada pendapat Kim resipi I lebih sedap dari yang ini.  Walaupun lembut tetapi terasa sodanya. walau bagaimana pun resipi ini mudah dibuat, maksud Kim tidak leceh sangat dan semerbak baunya.  )

Muffin Pisang Inti Coklat



Resipi: RosJintanManis / Source: Izah

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 1/3 cawan gula ( Kim jugak guna 1/2 cawan gula )
2 biji pisang yang ranum ( Kim jugak guna 200gm )
1/2 cawan minyak masak ( Kim guna Minyak Jagung )
2 biji telur ( Kim guna gred C )
1/3 cawan susu segar
1 sudu teh soda bikarbonate ( Lain kali Kim nak letak 1/2 sudu teh saja )
1 1/2 sudu teh baking powder
Beberapa titik esen vanila
Beberapa ketul coklat dairy milk ( Kim jugak guna coklat chips )

Caranya:
Hancurkan pisang dengan menggunakan gelas dan letakkan 1/2 sudu teh garam.

Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat, kemudian pukul telur hingga berbuih baru dimasukkan gula, pukul lagi hingga kembang.

Selepas itu, masukkan pisang dan kacau sebati, kemudian masukkan minyak dan tepung sedikit demi sedikit, titikkan beberapa esen vanila, akhir sekali masukkan susu segar, masa ini jangan guna mixer ye, guna spatula atau senduk kayu je.

Cedokkan adunan tadi didalam papercup muffin (isikan 3/4 adunan kepaper cup) dan letakkan coklat di tengahnya, bakar pada suhu 170C selama 18 ke 25 minit.

Sejukkan atas redai dan tabur sedikit dengan sugar powder.  Sedia untuk dihidangkan