Saturday, 20 September 2014

Kacang Kuda Berempah



Bahan-bahan:
Kacang kuda, dibersih, rendam semalaman, rebus hingga empuk dan toskan air (semasa proses separuh masa direbus masukkan garam dan gula)

Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit santan pekat/air

Bahan-bahan rempah:
Biji sawi
Jintan hitam
Bawang merah, dimayang
Bawang putih, dimayang
Halia, dimayang
Daun pandan, disiat
Daun kari
Cili kering dipotong dan buang biji
Rempah kari ayam, dibancuh dengan sedikit air

Caranya:
Masukkan sedikit minyak di kuali, tumis bahan-bahan rempah biji sawi, jintan hitam dan cili kering.
Masukkan daun pandan, daun kari, halia dan kacau lagi, kemudian masukkan bawang merah dan bawang putih.  Setelah harum masukkan rempah kari dan kacau sehingga sebati.
Masukkan garam dan gula secukupnya, dikacau rata.  Dimasukkan sedikit santan pekat.
Akhir sekali masukkan kacang kuda dan dibalik-balikkan sehingga rata.  Angkat dan hidang.



Kue Teow Goreng Tom Yam




Bahan-bahan:
Kue Teow, dicelur sebentar dengan air panas, toskan
Sedikit minyak untuk menumis
Fish kek, dihiris *boleh dimasukkan udang, sotong, udang kering, jika suka*
Sawi, dipotong kecil
Tomato, dipotong memanjang
Cili merah, dibuang biji dan hiriskan
Cili api, dibuang biji dan hiriskan
1/2 kiub pati tom yam
1 sudu makan pes tom yam
1 sudu makan sos ikan
1/2 biji limau nipis, perahkan jusnya
Garam, jika perlu

Bahan-bahan rempah diblend halus dengan sedikit air:
3 biji Cili merah masak
Cili api ikut kepedasan
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai
1/2" halia
1/2" lengkuas

Caranya:
Bahan-bahan yang diblend bersama air yang digunakan untuk blend rempah tadi dimasukkan di dalam kuali, kacau sentiasa, setelah hampir kering, masukkan pes tom yam,  masukkan fish cake, kacau lagi sehingga air kering.
Masukkan sedikit minyak dan tumis dengan api kecil sehingga rempah menjadi harum dan sebati.
Masukkan tomato, cili merah dan cili api hiris, kacau sehingga tomato layu.
Masukkan sawi dan kacau lagi, masukkan kiub tom yam dan sos ikan, dikacau rata.
Masukkan kue teow dan dibalik-balikkan.  Rasa jika perlu bolehlah di bubuh sedikit garam.
Sebelum diangkat masukkan jus limau nipis.
Hidang panas-panas.






Tuesday, 16 September 2014

Sambal Sotong Kembang Kurang Minyak



Bahan-bahan:
Sotong kembang, dibersihkan, dipotong ikut suka, masukkan di kuali tanpa air di kacau selama lebih kurang 8 minit, angkat dan ketepikan, jangan terlalu lama nanti liat
Minyak sedikit untuk menumis
Garam secukup
Gula secukup

Bahan-bahan dikisar halus (bubuh sedikit air):
Cili kering
Cili merah masak
Bawang merah
Bawang putih
Buah keras
(Jika suka boleh bubuh belacan, saya tak bubuh sebab hidung ni sikit sensitif)

Caranya:
Bahan-bahan yang telah dikisar halus dimasukkan di kuali tanpa minyak dan air.
Kacau sehingga air menjadi kering.
Setelah kering, masukkan sedikit minyak dan tumis sehingga cili masak.
Masukkan garam dan gula secukupnya.
Masukkan sotong dikacau sehingga rata dan angkat.

Monday, 15 September 2014

Terung Kicap Berempah Kari

















Bahan-bahan:
4 biji terung yang bersaiz kecil, dibelah dua dan digoreng hingga masak, ketepikan
Minyak untuk menumis dan menggoreng terung
Gula perang sedikit
1/2 biji limau nipis

Bahan-bahan tumisan, dicincang:
1 biji cili hijau
8 - 10 biji cili api merah (ikut kepedasan)
3 ulas bawang putih

Daun kari

Bahan-bahan sos:
1 sudu besar Kicap pekat
1 sudu besar Kicap manis
1 sudu besar Sos tiram
1 sudu besar Rempah kari daging

Sedikit air

Caranya:
Masukkan sedikit minyak untuk menumis bahan-bahan cincang dan daun kari, tumis sehingga wangi.
Masukkan bahan-bahan sos dikacau sebentar dan masukkan sedikit air.
Akhir sekali, masukkan sedikit gula perang dan masukkan terung dibalik-balikkan sekejap saja, jangan terlalu lama nanti hancur terung, hanya untuk sebatikan dengan sos saja.
Sebelum diangkat, perahkan sedikit air limau nipis.


Crunchy M&M Cookies



Recipe: Kadek Kristi Hellen

Ingredients:
200g Low Protein Flour (I used Cake Flour)
130g Salted Butter
50g Vegetable Oil
100g Icing Sugar (I used 80g)
50g Brown Sugar (I used Soft Brown Sugar)
1 tsp Fresh Milk
1 tsp Baking Soda
200g Almond Nibs (Roasted) (I used roasted almond nibs and groundnuts) 
1 tsp Vanilla Essence
2 Egg Yolks and 1 Egg White (I used C grade)
75g M&M Chocolate
35g Chocolate Chip

Method:
Preheat oven to 140C and line the cookie sheets with parchment paper.
Prepare dry ingredients: Sift flour and baking soda.  Keep aside.
Beat butter, vegetable oil, icing sugar and brown sugar until light and fluffy.
Add in egg one at a time mix well.  Add in flour mixture, fresh milk and vanilla and beat until incorporated.
Add in almond nibs, chocolate chip and chocolate M&M, stir it.
Use a tablespoon to scoop the dough then drop it onto the prepared baking sheets.
Bake for around 20 minutes or until golden brown around the edges.
Transfer to a cooling rack for proper cooling.
To store, keep in an airtight container.

(Kim's notes: you may add about 1 tablespoon of chocolate paste or removed 10g from 200g flour and substitute with cocoa powder to get more darker colour/chocolatey.  Taste wise is good for those who preferred a crunchy cookies.) 


Biskut Nestum Coklat Cip

 

Resipi: Chef Fazalina

Bahan-bahan:
1 cawan mentega (Kim guna buttercup) 
1/2 cawan gula kastor (Kim kurangkan, tak penuh sampai 1/2 cawan)
1 biji telur (Kim guna C gred)
1 sudu teh esen vanila
1 1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
1/2 cawan nestum
1/3 cawan coklat cip (Kim guna butterscotch cip)

Caranya:
Panaskan ketuhar pada suhu 180C dan griskan loyang pembakar.
Putar mentega dengan gula kastor sehingga kembang.
Masukkan telur dan esen vanila.  Kacau lagi.
Masukkan tepung gandum, tepung jagung, nestum dan coklat chip.
Gaul dengan tangan dan adun menjadi doh.
Ambil sedikit daripada adunan doh dan gentel.
Bentukkan sebesar guli dan tekan dengan garfu.
Buat sehingga habis dan bakar hingga masak selama 20 minit.  

(Nota Kim: Biskut yang harum semerbak di dapur dan rangup.  Lain kali Kim nak kurangkan suhu pada 170C - 160C dan waktu memasak mungkin dalam 25-20 minit, bagi mendapatkan rupa yang putih sedikit kekuningan. Dengan hanya menggunakan bahan-bahan asas di dapur cuma menambahkan nestum dan coklat cip sudah menjadikan biskut ini sedap......cubalah....dijamin sedap dan harum dengan bauan mentega) 

Wednesday, 3 September 2014

Nasi Daun Limau Purut

















Bahan-bahan:
Beras Ponni direndam dalam 30 minit bersama air daun limau purut/daun pandan, toskan
Bawang besar dimayang
Bawang merah dimayang
Bawang putih dimayang
Halia dihiris panjang
Daun pudina sedikit, untuk menumis
Daun limau purut sedikit, untuk menumis
Minyak sapi untuk menumis
Garam secukupnya / kiub ayam jika suka

Bahan-bahan air untuk memasak dan merendam beras (diblend dengan air dan tapiskan):
Daun pandan sedikit
Daun pudina sedikit
Daun limau purut lebih

Caranya:
Masukkan minyak sapi sedikit di dalam kuali.
Tumiskan kesemua bawang sehingga harum dan garing, masukkan halia dan tumis lagi sehingga wangi. Masukkan daun pudina, daun limau purut dan garam, kacau rata.
Masukkan beras yang telah ditoskan tadi, kacau rata sehingga kering sedikit jangan terlalu lama dikacau beras nanti akan pecah beras.
Masukkan air perahan tadi secukupnya dan ditanak sehingga masak.

Bawal Kecil Goreng Bercili
Bawal kecil dibersih, sapukan garam dan serbuk kunyit, goreng hingga garing.

Bahan-bahan cili ditumbuk kasar - ditumis sehingga masak dan masukkan garam secukupnya:
Cili merah masak
1 biji bawang merah besar